Monday, January 9, 2012

FO-LO-AN : Cahaya islam yang pernah gemilang

Masih terngiang-ngiang setiap tamra yang ditulis pada batu bersurat, pengambaran dokumentari pendek itqanul muluk bi ta'dil As-Suluk - 100 tahun memertabatkan islam mengujakan saya. Saya terpaksa mengkaji bahan sejarah yang ada, melawati tempat-tempat yang terukir didalam lipatan sejarah, cuba menyelami sejarah lampau, semua ini pengalaman pertama buat saya. Walaupun tugas tersebut berat untuk dilaksanakan bagi seorang yang mentah didalam pengarahan Dokumentari.

saya laksanakan..

Perjalanan ke Kg Buluh, Hulu Terengganu,

Jauh saya menungkan, melewati satu kampung ke satu kampung, bagaimana islam bermula di Fo-Lo-An
. Bagaimana islam pernah gemilang satu ketika di Fo-Lo-An yang merupakan nama tua bagi kuala berang. Perlabuhan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dan jual beli. kebanyakan budaya bercampur menjadi intipati sejarah sehingga sekarang. Mungkin sebelum ini bagi saya ianya hanyalah sebuah tinggalan sejarah. Bahkah, ianya jauh daripada apa yang difikirkan. petanda islam pernah gemilang di Terengganu awal sebelum 1303 masihi.

"wahai si pandai ukir, pada bicara beta, eloklah dipahat tamra pada prasasti. barang memberi peringatan dewata mulia raya akan sekelian hamba barang meneguhkan agama islam dibenuaku ini" Titah mandalika kepada si pandai ukir.

maka, tamra di pahat pada prasasti bagi menjadi peringatan kepada sekelian rakyat jelata bahawa akan peringatan Dewata Mulia Raya.

satu persatu tamra di pahat..

Saya tiba di Kampung Buluh, Hulu terengganu. Suasananya tidak lagi sama. Dalam ingatan, saya melihat sekeliling, mungkin dahulu disini adalah hutan belantara, rumah yang ada satu dua buah.

Lamunan saya terhenti seketika.

Memorial Batu Bersurat yang dibina bagi memperingati panemuan batu bersurat, saya tiba disana.

Pengambaran dimulakan.

cuba saya gambarkan suasana era kegemilangan Fo-Lo-An 1303, sebagai perlabuhan penting ketika itu.

Tamra pada batu bersurat dengan selawat dan pujian kepada baginda Rasulullah. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa pertuturan yang dipengaruhi oleh bahasa arab, sanskrit dan melayu purba. Tulisan yang digunakan adalah tulisan jawi purba. Unsur islam telah meresap lama didalam kerajaan Fo-lo-an.

Terengganu gemilang sebagai kerajaan islam.

Selesai pengambaran di Memorial Batu Bersurat, saya terus dibawa ke Sungai Tersat, tempat batu bersurat ditemui oleh Syed Ghulam Al-Bukhari ketika singgah bersolat pada tahun 1887 masihi.

Peninggalan lama surau tersebut telah terhakis satu persatu oleh zaman, namun ingatan dalam lipatan sejarah masih terukir seiring dengan batu bersurat. Satu persatu sejarah cuba saya kaitkan sehingga saya merasakan islam merupakan agama cahaya dan agama tamadun sehinggalah ianya jatuh satu persatu oleh british dan anak watan didikan british sehingga sekarang.

saya merentasi zaman..

saya meninggalkan Sungai Tersat bagi mengadap Sultan Zainal Abidin III mendengar titah baginda buat sekelian rakyat terengganu.


No comments:

Post a Comment