Wednesday, January 11, 2012

Sultan Zainal Abidin III : Raja Berjiwa Ulama

Sultan Zainal Abidin III - Berpakaian Haji

"patik menurut perintah" kata Syed Abdul Rahman Al-Idrus

Ketika diminta oleh Sultan Zainal Abidin III untuk merangka sebuah undang-undang yang yang akan diguna pakai di Terengganu. Undang-undang tersebut bertujuan untuk menyekat kemaraan British di Terengganu. Berkali british cuba untuk memasuki terengganu, namun gagal atas ketegasan
Sultan Zainal Abidin III.


"bagaimana lagi cara mungkin untuk kita menguasai terengganu" kata Sir John Enderson kebuntuan

Sultan Zainal Abidin III yang berpandangan jauh, telah melihat negeri lain yang menerima penasihat British, sultan hilang kuasa, rakyat menderita. Itqan Al-Muluk Bi Ta'dil As-Suluk dirangka dan diluluskan di dalam mesyuarat Kerajaan Negeri. Undang-undang yang menjadi panduan dan peringatan kepada setiap raja dalam memerintah Terengganu digubal.

saya meneliti setiap fasal pada Itqan Al-Muluk Bi ta'dil As-Suluk.... tulisan dan bahasa lama.. masih jelas tandatangan baginda..

1912 masihi,
Sultan Zainal Abidin III menandatangani perjanjian dengan pihak british. Namun perjanjian itu telah dirangka semula oleh sultan zainal abidin III yang tidak membenarkan British untuk campur tangan di dalam urusan pentadbiran Kerajaan Terengganu.

sekali lagi British terpaksa akur....

Dakwaan palsu

Pada awal pemerintahan sultan zainal abidin III , British mendakwa Sultan Zainal Abidin III hanya meminati mendalami ilmu dan tidak berminat dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri, sehingga setiap keputusan diserahkan kepada kerabat dan pembesar baginda.

sangkaan itu tersilap....

Pada hakikatnya, sultan zainal abidin III telah melaksanakan sistem syura dalam pemerintahan Terengganu. Setiap daripada keputusan yang dikeluarkan oleh baginda disyurakan terlebih dahulu. Sifat yang dimiliki ini menjadikan baginda sebagai sultan yang adil dan berakhlak mulia.

Keelokan peribadi dan di dalam pemerintahannya telah mendapat pujian oleh ulama
tersohor melayu yang berada di mekah, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) yang telah menulis 33 rangkap bait-bait puisi yang bercorak memuji baginda, pengharapan beliau kepada Baginda dan bangsa Melayu, diiringi pula sejarah bangsa Melayu yang lengkap.

Bagaikan mentari, penuh megah Bagaikan bulan, penuh sinaran damai, cahaya suci, harapan jiwa, penawar hati Bagaikan laut, pemurah tiada tepi Bagaikan hujan, penolong tiada beza Memberi sebelum diminta. Pengasih kepada rakyat Jasa ditabur tiada putus Hiasan negeri Kebanggaan rakyat Tempat tumpahan hati Nurani rakyat Itulah Sultan Terengganu Raja yang berani, bermaruah dan bertuah


Baginda menjadi satu-satunya raja yang mengamalkan pemerintahan mengikut acuan islam warisan sunnah Rasulullah s.a.w dan petunjuk daripada Kitabullah.

Anak watan didikan british

1918 masihi, Sultan Zainal Abidin III telah mangkat. Takhta telah diganti oleh anakndanya Sultan Muhammad Shah Zainal Abidin. Baginda telah Memerintah selama 2 tahun berdasarkan acuan yang telah dibentuk oleh ayahndanya sehingga pada tahun 1920, baginda telah mangkat dan takhta diganti oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Di zaman pemerintahan
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, british berjaya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu. Satu persatu undang-undang islam yang dilaksanakan oleh Sultan Zainal Abidin III ditukar dengan undang-undang sekular british.

Apabila tanah melayu telah merdeka, Undang-undang tersebut telah dilaksanakan didalam undang-undang persekutuan. Bermulanya kemerdekaan tanah melayu sehingga kepada pembentukan malaysia sekarang ini, undang-undang islam tidak laksanakan. Ianya berkesinambungan dengan apa yang telah dilakukan british satu ketika dahulu.

Hasrat
Sultan Zainal Abidin III yang ingin melihat terengganu sebagai kerajaan islam yang menjalankan hukum hakam islam didalamnya tidak tercapai hasil daripada anak-anak watan didikan british. Mereka mengekalkan undang-undang sekularism yang pada tanggapan mereka sebagai undang-undang yang adil. Bahkan ianya tidak.

Fasal ke 51 didalam Undang-undang Itqan Al-Muluk Bi Ta'dil As-Suluk ini jelas menyatakan

“ sesungguhnya telah di sifatkan dan di sebutkan dan di tetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiyyah Malayuwiyyah ialah yang di katakan agama negeri dan Kerajaan, maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain di jadikan atau di sebut Ugama Negeri, sekalipun banyak segala bangsa dan agama di amankan dan di benarkan masuk diam di dalam Negeri dan Jajahan Terengganu”.


Capative mind

Sikap yang terjajah, dan jiwa yang terjajah menjadikan kita memiliki aqal yang pendek dan jumud. Segalah hukum yang telah ditetapkan Al-Quran dan As-Sunnah tidak ingin dilaksanakan, terhalang dengan sifat kesombongan pada kejahilan sendiri.

Minda yang terhalang oleh sikap jumud kepada pemikiran penjajah. walau sekiranya telah merdeka 100 tahun sekalipun, tetapi masih memiliki sifat aku tidak pedulisma kita akan dijajah dan terus dijajah kerana kita masih terlena pada buaian yang dicipta oleh british dan anak watan didikan mereka!

Al-Quran mengajar untuk kita sentiasa berhati-hati dengan setiap perancangan oleh yahudi dan nasrani. Mereka tidak akan berhenti daripada mempengaruhi kita sehingga ummat Muhammad rosak mengikuti jejak langkah mereka.

jika dahulu, mereka berusaha dengan undang-undang dan perjanjian milik mereka, kini mereka melihat kejayaan mereka satu demi satu. Selagi undang-undang milik manusia dimuliakan dan undang-undang Allah diketepikan, jiwa kita semakin ditarah. Aqal kita akan terus dijajah.

Bangun wahai Ummat! tiba masanya islam tertegak!

Undang-undang islam yang telah dirangka oleh sultan yang berjiwa ulama, ditinggalkan ditelan zaman.

Sehingga akan datang tiada lagi mereka yang benar-benar mengikuti ajaran islam, maka benarlah sabda Rasulullah,

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA : dia berkata :

Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : ”Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, ”Ya Rasulullah ! Adakah Yahudi dan Nasrani yang Rasulullah maksudkan ? Nabi SAW menjawab : ”Siapa lagi, kalau bukan mereka". (HR.Muslim)


saya meninggalkan Istana bukit Puteri.. Al-fatihah buat Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan beragama, sultan berdaulat, sanjungan rakyat.

Wan Mohd Safwan
mgcgroup.blogspot.com
Manir, Terengganu

Monday, January 9, 2012

FO-LO-AN : Cahaya islam yang pernah gemilang

Masih terngiang-ngiang setiap tamra yang ditulis pada batu bersurat, pengambaran dokumentari pendek itqanul muluk bi ta'dil As-Suluk - 100 tahun memertabatkan islam mengujakan saya. Saya terpaksa mengkaji bahan sejarah yang ada, melawati tempat-tempat yang terukir didalam lipatan sejarah, cuba menyelami sejarah lampau, semua ini pengalaman pertama buat saya. Walaupun tugas tersebut berat untuk dilaksanakan bagi seorang yang mentah didalam pengarahan Dokumentari.

saya laksanakan..

Perjalanan ke Kg Buluh, Hulu Terengganu,

Jauh saya menungkan, melewati satu kampung ke satu kampung, bagaimana islam bermula di Fo-Lo-An
. Bagaimana islam pernah gemilang satu ketika di Fo-Lo-An yang merupakan nama tua bagi kuala berang. Perlabuhan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dan jual beli. kebanyakan budaya bercampur menjadi intipati sejarah sehingga sekarang. Mungkin sebelum ini bagi saya ianya hanyalah sebuah tinggalan sejarah. Bahkah, ianya jauh daripada apa yang difikirkan. petanda islam pernah gemilang di Terengganu awal sebelum 1303 masihi.

"wahai si pandai ukir, pada bicara beta, eloklah dipahat tamra pada prasasti. barang memberi peringatan dewata mulia raya akan sekelian hamba barang meneguhkan agama islam dibenuaku ini" Titah mandalika kepada si pandai ukir.

maka, tamra di pahat pada prasasti bagi menjadi peringatan kepada sekelian rakyat jelata bahawa akan peringatan Dewata Mulia Raya.

satu persatu tamra di pahat..

Saya tiba di Kampung Buluh, Hulu terengganu. Suasananya tidak lagi sama. Dalam ingatan, saya melihat sekeliling, mungkin dahulu disini adalah hutan belantara, rumah yang ada satu dua buah.

Lamunan saya terhenti seketika.

Memorial Batu Bersurat yang dibina bagi memperingati panemuan batu bersurat, saya tiba disana.

Pengambaran dimulakan.

cuba saya gambarkan suasana era kegemilangan Fo-Lo-An 1303, sebagai perlabuhan penting ketika itu.

Tamra pada batu bersurat dengan selawat dan pujian kepada baginda Rasulullah. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa pertuturan yang dipengaruhi oleh bahasa arab, sanskrit dan melayu purba. Tulisan yang digunakan adalah tulisan jawi purba. Unsur islam telah meresap lama didalam kerajaan Fo-lo-an.

Terengganu gemilang sebagai kerajaan islam.

Selesai pengambaran di Memorial Batu Bersurat, saya terus dibawa ke Sungai Tersat, tempat batu bersurat ditemui oleh Syed Ghulam Al-Bukhari ketika singgah bersolat pada tahun 1887 masihi.

Peninggalan lama surau tersebut telah terhakis satu persatu oleh zaman, namun ingatan dalam lipatan sejarah masih terukir seiring dengan batu bersurat. Satu persatu sejarah cuba saya kaitkan sehingga saya merasakan islam merupakan agama cahaya dan agama tamadun sehinggalah ianya jatuh satu persatu oleh british dan anak watan didikan british sehingga sekarang.

saya merentasi zaman..

saya meninggalkan Sungai Tersat bagi mengadap Sultan Zainal Abidin III mendengar titah baginda buat sekelian rakyat terengganu.


Tuesday, January 3, 2012

monolog sebuah hati

Entah kenapa, saya rasakan ingin menghabiskan penamat kepenatan saya hari ini dengan sedikit coretan pada blog. Mungkin dihati pelbagai rasa di teguk, namun tidak mudah untuk dicerita.

Rasa hati saya berkecamuk, sedikit bercampur berbaur hambar, dengan peperiksaan yang semakin hampir, tetapi tugasan yang di amanahkan juga perlu diselesaikan. Juzuk al quran yang masih belum habis saya hafalkan ditambahi dengan menghadamkan hafalan yang lepas, membuatkan saya agak terekan.

Dengan tugasan mengarahkan video dokumentari mengenai undang-undang islam diterengganu, 1911 yang memerlukan saya untuk membuat kajian yang teliti dengan bahan sejarah, mengarang skrip, menentukan lokasi pengambaran dan membikinkan video, sedikit sebanyak memenatkan fikiran. Team multimedia yang dibentuk belum sempat dilatih sepenuhnya, saya telah ditugaskan dengan tugasan tersebut.

Mengarahkan dua video sejarah serentak, agak menekan saya.

Dengan sejarah peribadi yang pernah tidak lulus peperiksaan dek kerana kesibukan, menakutkan saya. Saya menerima tugasan diatas kapasiti jawatan yang disandang. Berkali saya pernah menolak, mungkin belum di izinkan Allah, saya terpaksa menyandang.

Sedaya saya cuba membahagi masa yang ada untuk sesuaikan dengan tanggung jawab sebagai anak, mahasiswa dan seorang yang bergerak kerja islam. Namun, apabila semua seakan mendesak keadaan diri yang sederhana, saya mengalah.

Sesekali, terngiang-ngiang firman Allah jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu. Sedaya saya cuba mengerti firman ini, tetapi memerlukan hati bulat pada Allah. Ingin katakan berjuang saya bukanlah orangnya. Sekadar cebisan orang yang melakukan tanggung jawab sebagai islam.

Bimbang dihati menjadi kerisauan diri. Peperiksaan sedang menghampiri. Saya masih begini. Jawapan pada hikmah ini, masih punya pada ilahi. saya masih mencari..

Bismikallahumma ahya wa amut..... Lena malam menyelimuti hati gelisah ini...