Saturday, June 27, 2009

Outreach XPDC Dakwah: Sabah Dan Sarawak ( Hari Kedua)

30 April 2009 - Khamis ( Lingga )

8.55 pm – Kami memulakan perjalanan kami pada hari kedua dengan menziarah ke rumah ketua menteri di Damak.

Keadaan sesak ketika di kediaman Ketua Menteri Sarawak




9.30 am – Sempat kami singgah branch di restoran chilli pepper di Tabuan bagi menjama’ waktu makan kami untuk menjimatkan sedikit masa pada hari tersebut untuk meneruskan xpdc pada hari kedua.

11.00 am- Bertolak ke lingga. Pada hari tersebut kami tidak menjangkakan kami perlu menyusuri jalan yang berbatu sejauh 34 kilometer ke pedalaman. Walaupun agak mencabar, namun kami masih bersemangat untuk meneruskan XPDC.

Jalan yang berbatu sejauh 34 kilometer

bergambar bersama Apai dan Indai

5.30 pm- Kami tiba di Lingga dan terus ke Kampung Seduku Ili untuk berjumpa ahli rumah panjang 15 pintu dari suku kaum Iban dan sempat beramah mesra bersama dengan ahli rumah panjang tersebut dan menemui Tuai Rumah Pak Cik Tuntun dan isterinya Munai. Disana juga beliau(Pakcik Tuntun) telah menerima anak angkat daripada kami iaitu Saudara Safwan.

Memberikan penerangan untuk memakan ubat yang diberikan

Setelah itu, kami telah bergerak untuk ke rumah panjang yang kedua untuk bertemu ahli rumah panjang tersebut. Di sini kami telah berjumpa dengan Tuai Rumah Banduak Anak Abong. Kami telah memberikan rawatan secara percuma kepada penghuni rumah. Kebanyakan penghuni dirumah panjang tersebut telah berusia dan para pemuda rumah panjang tersebut kebanyakan daripada mereka telah berhijrah ke bandar bagi mencari pendapatan dibandar.

'kakak gelembung' yang periang

7.00 pm- Kami bersolat jama’ di Masjid Lingga sebelum meneruskan perjalanan pulang ke penempatan kami.

Restoran D'N Corner

9.00 pm- kami singgah makan malam di D’N Corner diantara menu istimewa di sini ialah nasi goreng dabai, lilo(tongkat ali+milo), horlo(horlick+milo) dan banyak lagi. Mee Sapi dan Mee Kolok tetap menjadi pilihan diantara kami. =)

2.09 am- Dalam perjalanan pulang, van kami kehabisan minyak dan terpaksa bermalam di Sri Aman. Perjalanan daripada Kuching ke Sri Aman memakan masa 3 jam dan perjalanan daripada Linga ke Sri Aman memakan masa 2 jam. Kami difahamkan stesen minyak yang terdekat hanya buka dari jam 6 pagi sehingga 11 malam. Jadi, terpaksalah kami bermalam didalam van.

Sunday, June 21, 2009

Outreach XPDC Dakwah: Sabah Dan Sarawak ( Hari Pertama)

Assalamualaikum... Alhamdulillah...Syukur kahadrat Allah kerana masih diberikan kudrat untuk meneruskan penulisan yang x seberapa ini. Selawat dan salam keatas Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sekali lagi terlewat untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat yang ingin mengetahui program yang telah saya ikuti di Sarawak. Program ini telah di rancang dan dilaksanakan oleh Sekeriat Kita Bersaudara dibawah Lajnah Penerangan, Dewan Muslimat PAS Pusat. Program tersebut diadakan adalah untuk bertemu warga-warga pedalaman di Kuching, Sarawak. Sebelum ini, program ini telah diadakan di Sabah dan telah mendapat sambutan yang menggalakan. Namun Begitu saya hanya berpeluang mengikuti untuk ke Sarawak. Dibawah ini saya bawakan sedikit catatan perjalanan untuk santapan sahabat.........

29 April 2009 (Rabu) - Sebuyau

7.20 am - Memulakan perjalanan ke kuching. Jadual perjalanan penerbangan jam 7.10 am di LCC Terminal, Sepang. Walaupun penerbangan tidak mengikuti masa yang ditetapkan, namun masih tidak menganggu jadual perjalanan Outreach XPDC kali ini.

9.00 am – Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

10.45 am – Berkumpul di rumah Ustzah Latifah untuk meneruskan perjalanan ke kampung yang pertama bagi group yang kedua dan bergerak menggunakan 2 van. Perjalanan kami diketuai oleh Ketua Pemuda PAS kawasan Petrajaya(bukan Putrajaya.hehehhe) Saudara Fizwan.

Bergambar Ketika di atas feri di Sungai Muara Tuang

Sebelum tiba di kampung Samarahan kami menyeberangi 2 batang sungai dengan menaiki feri untuk tiba disana iaitu Sungai Muara Tuang, Samarahan dan Sungai Bulu, Batang Sadong.

Warga Kampung Raba

1.30pm - kami tiba di Kampung Raba untuk bersolat jama’ zohor dan asar.

Menghulurkan Sumbangan baju Sembahyang kepada wakil Kampung Raba - Pak Cik Hatta

2.00pm- beramah mesra dengan wakil kampung Pak Cik Hatta dirumah beliau di Kampung Raba.Pak Cik Hatta telah bersetuju untuk menerima anak angkat daripada ahli Seketriat Kita Bersaudara iaitu sahabat kami Saudara Rashidi.

Saudara Rashidi ketika bergambar bersama keluarga angkatnya

Kami telah dibawa ke pasar Kampung Raba oleh Pak Cik Hatta untuk menyerahkan leafleting Stiker, memberikan gelembung kepada kanak-kanak.Kami juga sempat berjumpa ketua muslimat merangkap ketua penyokong PAS, Salim Anak Yuling di Kampung Raba

3.45pm – kami telah mendapat berita kematian isteri Ketua Menteri Sarawak dan kami telah untuk menzairahi mendiang keesokkan harinya.

Meneruskan Perjalanan ke rumah suku kaum iban


4.40pm- Tiba di Rumah Panjang Kg Kelait/Entangor : Pak Cik Imbi anak Engkah ketua kelab penyokong PAS

Pak Cik Limbi(Tengah) ketika bergambar bersama Saudara Azri(anak angkat) beliau.

Kami juga Sempat beramah mesra dengan Pak Cik Lambi dan keluarga dan beliau juga sudi menerima anak angkat dengan kunjungan kali ini Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat telah memilih Azri sebagai calon anak angkat Pak Cik Lambi

Kami diberitahu, elektrik hanya dipasang pada 5 tahun sekali(ketika pilihanraya umum) walaupun tiang elektrik telah disediakan dahulu dan mereka hanya menggunakan generator (anggaran kos menggunakan genarator selama sebulan sebanyak RM500)

6.00 pm – Tiba di kampung Lunying (leafleting dan edar gelembung )

”Kami org Iban kalu kata OK (PAS), mmg bleh percaya PAS, tp not malay” kata salah seorang daripada kaum iban yang kami temui.

7.00pm – kami bersolat jama’ maghrib dan isya’ di masjid Sebuyau


Hj Adam Ahid dan isterinya bergambar bersama krew Seketiriat Kita Bersaudara

8.46 pm – ketika perjalan pulang , kami sempat menziarah Hj Adam Ahid dan isterinya di Rumah Ladang di kg ibol. Beliau merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Sarawak dan juga merupakan bapa angkat Saudari Masnor dan Saudari Nafisah)

10.00pm- Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke bandar Kuching

11.00 pm- Kami telah singgah makan malam di pasar satok untuk mengisi ruang kekosongan perut kami.

12.30am- check in Homestay




Tuesday, June 9, 2009

Siri 3 ( Episod Akhir) : Catatan Perjalanan Jaulah Ilmiyyah ( Perlis, Kedah, Perak Selangor )

7.10 am: Kami telah tiba di IPA destinasi pertama di Selangor. Di sana kami telah berkhidmat diri setelah bermalam di ‘chalet de BUS’ (dalam bas daa...=). Walaupun badan sedikit kepenatan kerana ketidakselesaan didalam ‘chalet’ itu.hehehe.

Bergambar bersama Pelajar dan pensyarah IPA




9.30 am : Kami telah berprogram bersama pelajar Institut Pengajian Azhar(IPA) dan kami telah diberikan penerangan mengenai IPA.



10.30 am: Bertolak ke PWTC jalan sedikit sesak pada pagi itu. Mungkin kerana pada hari itu adalah hari terakhir ‘Book fair’ di PWTC menyebabkan kesesakan lalu lintas untuk ke sana. Tepat jam 1.00 petang kami telah tiba di PWTC. Ketika disana ‘parking’ telah penuh dan beberapa buah bas telah berada di sana menunjukkan beberapa rombong dari pelbagai tempat datang untuk ke Karnival buku tersebut.

Ketika memasuki Putra World Trade Centre kami terkejut dengan kehadiran begitu ramai orang pelbagai kaum telah tiba dahulu daripada kami. Kami terpegun dengan pelbagai syarikat pengeluar buku mengikuti pameran buku tersebut. Ditambahi dengan Keadaan PWTC yang besar menyebabkan pameran buku tersebut seolah-olah tidak habis untuk dilawati. Sebelum pulang sempat saya membawa pulang kenangan dari book fair tersebut.... Buku karangan Satu Rasa Dua Hati, Pengarang Pahrol Mohd Juoi.



3.00 pm: saya telah berpecah dari Rombongan KUDQI dan terus ke putrajaya bagi meneruskan perjalanan ke serawak di program berlainan iaitu program Outreach XPDC dakwah Sarawak dan Sabah pada 29 April 2009…… hati cukup sedih kerana tidak dapat untuk meneruskan rombongan bersama sahabat-sahabat kudqi…