Saturday, July 4, 2009

Outreach XPDC Dakwah: Sabah Dan Sarawak ( Hari Ketiga)

1 Mei 2009 (Jumaat) -Sekitar Bandar Kuching dan WaterFront

11.30 – 12.30 am – Kami bergerak sekitar homestay leafleting dan memberikan gelembung kepada kanak-kanak.

4.30 -5.30 pm – Selepas itu, kami meneuskan XPDC ke Damai Beach Resort (gunung santubong)



5.30 pm – Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Taman Mesra Bako. Disni, kami telah dihalau oleh 'orang-orang BN' walaupun ketika itu sambutan daripada penduduk kampung terhadap kami amat menggalakkan. Kami difahamkan, kami adalah kumpulan yang pertama yang telah datang ke kampung tersebut untuk memberikan penerangan tentang PAS. Untuk ke sana kami terpaksa menaiki bot. Sebelum pulang, beberapa orang-orang kampung telah berjumpa Penghulu kampung tersebut untuk meminta borang keahlian PAS. Kami syukur kerana sambutan mereka terhadap kami amat beransangkan.

7.00 pm - Setelah itu, kami terpaksa pulang kerana pada malam tersebut, kami telah dijemput untuk makan malam ni di Pasti Satok dekat sini.

Pasti Satok


8.00 pm - Tiba di Pasti Satok, kami telah dijamu dengan makanan ala Sarawak. Alhamdulillah, syukur. Terasa cukup kenyang dengan jamuan tersebut.

8.45 pm - kami meninggalkan Pasti Satok dan bergerak ke Waterfront untuk meneruskan lagi agenda kami di sarawak.

Menyediakan 'gelembung-gelembung'

9.15 pm – Setibanya disana kami letah mengedarkan leafletting dan gelembung, Alhamdulillah, sambutan rakyat sarawak terhadap kami amat memberangsankan. Kami pulang setelah selesai menyempurnakan Aktiviti kami di Waterfront bandar tepi air yang indah.

Waterfront

12.00 am - Kami beredar dari waterfront setelah selesai menyempurnakan misi pada malam itu.


No comments:

Post a Comment