Saturday, July 4, 2009

Outreach XPDC Dakwah: Sabah Dan Sarawak ( Hari Terakhir)

2 Mei 2009 (Sabtu) - Serikin dan Pasar Satok

8.24 am- kami bersarapan di Matang Jaya sebelum meneruskan XPDC hari terakhir kami di sarawak. Destinaasi pada pagi ini Sarikin bersempadan dengan Indonesia.

10.30 am- Setibanya di serikin, seperti biasa kami telah mengedarkan leafletting dan gelembung kepada kanak-kanak dan para pengunjung yang datang di sini. Serikin merupakan pusat perniagaan kecil-kecilan yang mempunyai pelbagai barangan seperti kraftangan, bahan-bahan basah seperti sayuran dan sebagainya. Ia merupakan tempat tumpuan penduduk dari sekitar Bandar Kuching dan juga dari pelbagai tempat di sarawak. Malah, ada juga yang hadir daripada semenanjung yang datang untuk bercuti dan sebagainya.

Di Pasar Sarikin


Ketika di sana, sempat jugak kami membeli beberapa barangan yang ingin dibawa pulang sebagai cenderahati untuk diberikan kepada sanak saudara dan rakan-rakan disemenanjung.


2.00 pm- Kami telah bergerak ker pasar satok untuk memberikan leafletting dan gelembung kepada pengunjung pasar tersebut dan sempat juga kami memberikan sedikit penerangan mengenai PAS tujuan kami di sana.

Pasar Satok

5.00 pm – Sebelum beredar, sempat kami menjamu selera di Pasar Satok.

8.30 pm - XPDC kami pada kami pada kali ini telah hampir kepada penghujungnya, kami bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Untuk kali terakhirnya, kami bergambar bersama-sama krew Outreach XPDC Dakwah Sabah Dan Sarawak.

Krew OutReach XPDC Dakwah Sarawak

9.15 pm – kami bergerak ke balai berlepas dan menunggu panggilan terakhir pesawat Air Asia.

9.50 pm - 11.50 pm – Pesawat Air Asia AK5200 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kami diramalkan tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Subang pada jam 11.50 minit malam dengan pernerbangan memakan masa 2 jam itu.

11.55 pm- kami tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Subang dengan pesawat Air Asia dengan kelajuan 8000 batu sejam. Maka, berkhirlah sebuah XPDC kami yang amat memberikan seribu makna dalam hidup kami.




No comments:

Post a Comment