Saturday, June 27, 2009

Outreach XPDC Dakwah: Sabah Dan Sarawak ( Hari Kedua)

30 April 2009 - Khamis ( Lingga )

8.55 pm – Kami memulakan perjalanan kami pada hari kedua dengan menziarah ke rumah ketua menteri di Damak.

Keadaan sesak ketika di kediaman Ketua Menteri Sarawak




9.30 am – Sempat kami singgah branch di restoran chilli pepper di Tabuan bagi menjama’ waktu makan kami untuk menjimatkan sedikit masa pada hari tersebut untuk meneruskan xpdc pada hari kedua.

11.00 am- Bertolak ke lingga. Pada hari tersebut kami tidak menjangkakan kami perlu menyusuri jalan yang berbatu sejauh 34 kilometer ke pedalaman. Walaupun agak mencabar, namun kami masih bersemangat untuk meneruskan XPDC.

Jalan yang berbatu sejauh 34 kilometer

bergambar bersama Apai dan Indai

5.30 pm- Kami tiba di Lingga dan terus ke Kampung Seduku Ili untuk berjumpa ahli rumah panjang 15 pintu dari suku kaum Iban dan sempat beramah mesra bersama dengan ahli rumah panjang tersebut dan menemui Tuai Rumah Pak Cik Tuntun dan isterinya Munai. Disana juga beliau(Pakcik Tuntun) telah menerima anak angkat daripada kami iaitu Saudara Safwan.

Memberikan penerangan untuk memakan ubat yang diberikan

Setelah itu, kami telah bergerak untuk ke rumah panjang yang kedua untuk bertemu ahli rumah panjang tersebut. Di sini kami telah berjumpa dengan Tuai Rumah Banduak Anak Abong. Kami telah memberikan rawatan secara percuma kepada penghuni rumah. Kebanyakan penghuni dirumah panjang tersebut telah berusia dan para pemuda rumah panjang tersebut kebanyakan daripada mereka telah berhijrah ke bandar bagi mencari pendapatan dibandar.

'kakak gelembung' yang periang

7.00 pm- Kami bersolat jama’ di Masjid Lingga sebelum meneruskan perjalanan pulang ke penempatan kami.

Restoran D'N Corner

9.00 pm- kami singgah makan malam di D’N Corner diantara menu istimewa di sini ialah nasi goreng dabai, lilo(tongkat ali+milo), horlo(horlick+milo) dan banyak lagi. Mee Sapi dan Mee Kolok tetap menjadi pilihan diantara kami. =)

2.09 am- Dalam perjalanan pulang, van kami kehabisan minyak dan terpaksa bermalam di Sri Aman. Perjalanan daripada Kuching ke Sri Aman memakan masa 3 jam dan perjalanan daripada Linga ke Sri Aman memakan masa 2 jam. Kami difahamkan stesen minyak yang terdekat hanya buka dari jam 6 pagi sehingga 11 malam. Jadi, terpaksalah kami bermalam didalam van.

No comments:

Post a Comment