Monday, January 16, 2012

Saya Bukan Artis Terkenal


"anta nak jadi macam dia bukan?" kata seorang sahabat mengisyaratkan saya kepada salah seorang pengacara tv alhijrah.

saya hanya mendiamkan diri, spontan hati saya menjawab.

saya ingin jadi diri saya sendiri,

saya bukan artis terkenal

Sebagai salah seorang yang sepertimana sahabat-sahabat saya yang lain sering dijemput menjadi fasilitator, moderator, sebagai tenaga pengajar, atau penceramah diatas kapasiti saya yang mempunyai sedikit kemahiran sebagai bekal untuk berhadapan dengan pelbagai peringkat umur.
Saya tidak terkenal.

Ilmu yang saya tuntut tahun pada tahun 2005 sebagai fasilitator biasa, tidak tahu apa-apa. Sekadar hanya tahu melaksanakan tugas yang ada di sebuah chalet, Sanubari Beach Resort, Pekan Pahang.

Berkali saya dimarahi di atas kesilapan ketika mengendalikan program, saya pelajari dan terus pelajari.

Berkat daripada kesabaran, saya mampu membawa program saya sendiri.

saya mengenali ramai orang lain mengendalikan program, tetapi

saya bukan artis terkenal.

Bukan Pakar Komputer

Sekeping kelayakan yang saya ada, dalam bidang sains komputer di sebuah institusi, sempat saya bergraduasi, sedikit sebanyak menyuluh jalan-jalan sempit saya dari sisi gelap kejahilan dalam berkomputer.


Mengetahui dalam bidang pengatucaraan, bahasa komputer. Bahasa yang agak susah saya fahami berbanding 3 bahasa lain yang saya pelajari. Tidak keterlaluan saya katakan
itu adalah bahasa keempat saya pelajari, Semua bahasa yang saya pelajari memerlukan pembacaan yang lebih dan pemahaman pada struktur bahasa tersebut, manakala bahasa komputer memerlukan pemahaman pada struktur tersebut, dan saya tidak punya banyak pilihan selain saya harus bertutur dengan komputer!

Jatuh dan bangun saya, pelbagai rintangan saya cuba redah. Jika kebuntuan, walau diluar waktu pejabat, pensyarah saya tanyakan hanya dengan sekeping pesanan ringkas. Saya mesti lakukan!

saya bukan pakar komputer.


Manusia dan komputer tidak jauh bezanya, kefahaman dalam berbahasa saya pelajari.


Tidak juga Ahli Seni

Kemahiran dalam 'Digital Art' ketika berkhidmat di tahun 2008 sebuah syarikat sebagai eksekutif multimedia membantu saya dalam banyak perkara. Bermula dengan hanya menyusun gambar menggunakan perisian profesional, sehingga saya mampu mencipta grafik saya sendiri.

Saya bukan seorang yang kreatif, malah tangan 'keras' yang saya miliki, menjadikan saya bukan seorang yang berbakat besar dalam seni. Tetapi di atas semangat dan sedikit usaha yang saya ada, terus mencuba menjadi sekreatif mungkin, melaksakanakan tugas yang ada.

kelulusan saya bukan didalam multimedia, malah saya tidak pernah terfikir untuk meminati 'Digital Art'.

saya bukan ahli seni.

Pengarah Dokumentari

Pengarahan di dalam dokumentari pertama saya, dirasakan kekok untuk melaksanakan. Masakan banyak perkara pertama perlu saya pelajari, membuat kajian, menulis skrip, pengambaran dan pembikinaan video bersama crew semua dirasakan pengalaman pertama.

Saya mesti lakukannya. Sedar tidak sedar, saya telah menyiapkan video dokumentari pertama saya!

Sebelum ini, sekadar video-video kecil yang saya laksanakan,

pasti, saya mengalami demam seminggu selesai menyiapkanya. Kenapa? kerana saya bukan pengarah video, tetapi saya cuba untuk merasainya.


Saya Adalah Diri Saya

"....Safwan, ana nak enta jadi imam malam ni.." kata naqib saya.

Kali pertama menjadi imam, sejadah yang dilapik dengan permaidani lembut, perlahan saya sangkutkan mikrofon pada baju saya.

Belum sempat saya mengangkat takbir,

Tiba-tiba saya rasakan ada gempa bumi. saya cuba seimbangkan badan, gempa semakin kuat. Cuba saya mengangkat takbir, memulakan sembahyang. moga-moga gempa tenang selepas solat dimulakan.

terumbang-ambing..

saya terumbang-ambing dalam fantasi..

entah kenapa, saya rasakan bagai nyawa hampir tercabut, entah kenapa saya rasakan saya berhadapan dengan musibah besar dengan hanya mengimamkan sembahyang maghrib!

saya gementar!

salam saya berikan.. gementar terus hilang.

saya mula belajar bagaimana berhadapan dengan pendengar yang ramai.


Perjalanan di hadapan

Mempelajari bidang yang saya tidak pernah pelajari sebelum ini,

saya menempuh jalan sukar daripada mempelajari bidang 'konvensional' kepada bidang agama bukan sesuatu yang mudah. Saya membuat pilihan ini di atas matlamat yang telah saya tetapkan didalam diri. Cuba saya menterjemahkan matlamat yang telah saya atur.

Jalan yang ditempuh merupakan jalan panjang dan sukar, umur juga sudah meningkat. pelbagai perkara sunnah kehidupan mula mendesak saya. saya cuba gagahkan kaki melangkah.

Minat mendalam untuk menjadi ahli perniagaan yang mengenegahkan konsep kormesial dan profesional islamik dan nilai-nilai murni dalam perniagaan islam. Keupayaan yang perlu ada didalam produk islam terutama didalam publisiti perlu di kembangkan. saya yang bertanggung jawab untuk menerapkannya.

Menjadi seorang penulis dan salah seorang ahli motivasi merupakan minat saya. sedikit demi sedikit cuba saya eksplorasi didalam bidang itu. sedikit demi sedikit cuba untuk saya mempelajari selok-belok jalan itu.

likunya tidak kurang banyak, duri yang terhampar tidak kurang menyakitkan. saya cuba gagahkan.

Resepi Utama

Bagi mencapai apa yang kita rancangkan, matlamat sahaja tidak cukup. Bagaikan makanan yang ingin disiapkan tetapi tidak ada bahan secukupnya. Untuk mengapai kejayaan minat sahaja tidak memadai, makanan yang ingin disiapkan sudah ada, bahan mentahnya sudah ada. Perasanya tidak mencukupi.

Tanggung jawab kita dalam sesuatu perkara sebagai pelengkap akhir dalam melaksanakan sesuatu perancangan. Ketiga-tiga nilai digabungkan, ianya menjadi makanan yang sedap dimakan.

Sesuatu matlamat perlu digabungkan dengan minat yang mendalam serta tanggung-jawab yang besar tidak kira tanggung-jawab tersebut pada diri atau kepada keluarga, masyarakat atau negara. asalkan kita mempunyai tanggung jawab ke atas sesuatu. jika tidak, kita terumbang-ambing.

Perahu yang tidak diikat, di hempas ombak melambung, bergerak tanpa pegangan.

Tanggung-jawab mengembalikan kita kepada sesuatu apabila kita dilambung ujian didalam mengapai cita-cita yang kita impikan.

"enta nak jadi apa sebenarnya?" sambung sahabat saya

"ana ingin mencari keredhaan Allah." saya cuba jawabkan.

Matlamat, minat dan tanggung-jawab, semuanya harus kembali kepada khaliq...

saya tidak ingin menjadi terkenal. Bertanggung jawab atas apa yang telah saya lakukan, itu menjadi ingatan sepanjang perjalanan.


Wednesday, January 11, 2012

Sultan Zainal Abidin III : Raja Berjiwa Ulama

Sultan Zainal Abidin III - Berpakaian Haji

"patik menurut perintah" kata Syed Abdul Rahman Al-Idrus

Ketika diminta oleh Sultan Zainal Abidin III untuk merangka sebuah undang-undang yang yang akan diguna pakai di Terengganu. Undang-undang tersebut bertujuan untuk menyekat kemaraan British di Terengganu. Berkali british cuba untuk memasuki terengganu, namun gagal atas ketegasan
Sultan Zainal Abidin III.


"bagaimana lagi cara mungkin untuk kita menguasai terengganu" kata Sir John Enderson kebuntuan

Sultan Zainal Abidin III yang berpandangan jauh, telah melihat negeri lain yang menerima penasihat British, sultan hilang kuasa, rakyat menderita. Itqan Al-Muluk Bi Ta'dil As-Suluk dirangka dan diluluskan di dalam mesyuarat Kerajaan Negeri. Undang-undang yang menjadi panduan dan peringatan kepada setiap raja dalam memerintah Terengganu digubal.

saya meneliti setiap fasal pada Itqan Al-Muluk Bi ta'dil As-Suluk.... tulisan dan bahasa lama.. masih jelas tandatangan baginda..

1912 masihi,
Sultan Zainal Abidin III menandatangani perjanjian dengan pihak british. Namun perjanjian itu telah dirangka semula oleh sultan zainal abidin III yang tidak membenarkan British untuk campur tangan di dalam urusan pentadbiran Kerajaan Terengganu.

sekali lagi British terpaksa akur....

Dakwaan palsu

Pada awal pemerintahan sultan zainal abidin III , British mendakwa Sultan Zainal Abidin III hanya meminati mendalami ilmu dan tidak berminat dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri, sehingga setiap keputusan diserahkan kepada kerabat dan pembesar baginda.

sangkaan itu tersilap....

Pada hakikatnya, sultan zainal abidin III telah melaksanakan sistem syura dalam pemerintahan Terengganu. Setiap daripada keputusan yang dikeluarkan oleh baginda disyurakan terlebih dahulu. Sifat yang dimiliki ini menjadikan baginda sebagai sultan yang adil dan berakhlak mulia.

Keelokan peribadi dan di dalam pemerintahannya telah mendapat pujian oleh ulama
tersohor melayu yang berada di mekah, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) yang telah menulis 33 rangkap bait-bait puisi yang bercorak memuji baginda, pengharapan beliau kepada Baginda dan bangsa Melayu, diiringi pula sejarah bangsa Melayu yang lengkap.

Bagaikan mentari, penuh megah Bagaikan bulan, penuh sinaran damai, cahaya suci, harapan jiwa, penawar hati Bagaikan laut, pemurah tiada tepi Bagaikan hujan, penolong tiada beza Memberi sebelum diminta. Pengasih kepada rakyat Jasa ditabur tiada putus Hiasan negeri Kebanggaan rakyat Tempat tumpahan hati Nurani rakyat Itulah Sultan Terengganu Raja yang berani, bermaruah dan bertuah


Baginda menjadi satu-satunya raja yang mengamalkan pemerintahan mengikut acuan islam warisan sunnah Rasulullah s.a.w dan petunjuk daripada Kitabullah.

Anak watan didikan british

1918 masihi, Sultan Zainal Abidin III telah mangkat. Takhta telah diganti oleh anakndanya Sultan Muhammad Shah Zainal Abidin. Baginda telah Memerintah selama 2 tahun berdasarkan acuan yang telah dibentuk oleh ayahndanya sehingga pada tahun 1920, baginda telah mangkat dan takhta diganti oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Di zaman pemerintahan
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, british berjaya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu. Satu persatu undang-undang islam yang dilaksanakan oleh Sultan Zainal Abidin III ditukar dengan undang-undang sekular british.

Apabila tanah melayu telah merdeka, Undang-undang tersebut telah dilaksanakan didalam undang-undang persekutuan. Bermulanya kemerdekaan tanah melayu sehingga kepada pembentukan malaysia sekarang ini, undang-undang islam tidak laksanakan. Ianya berkesinambungan dengan apa yang telah dilakukan british satu ketika dahulu.

Hasrat
Sultan Zainal Abidin III yang ingin melihat terengganu sebagai kerajaan islam yang menjalankan hukum hakam islam didalamnya tidak tercapai hasil daripada anak-anak watan didikan british. Mereka mengekalkan undang-undang sekularism yang pada tanggapan mereka sebagai undang-undang yang adil. Bahkan ianya tidak.

Fasal ke 51 didalam Undang-undang Itqan Al-Muluk Bi Ta'dil As-Suluk ini jelas menyatakan

“ sesungguhnya telah di sifatkan dan di sebutkan dan di tetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiyyah Malayuwiyyah ialah yang di katakan agama negeri dan Kerajaan, maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain di jadikan atau di sebut Ugama Negeri, sekalipun banyak segala bangsa dan agama di amankan dan di benarkan masuk diam di dalam Negeri dan Jajahan Terengganu”.


Capative mind

Sikap yang terjajah, dan jiwa yang terjajah menjadikan kita memiliki aqal yang pendek dan jumud. Segalah hukum yang telah ditetapkan Al-Quran dan As-Sunnah tidak ingin dilaksanakan, terhalang dengan sifat kesombongan pada kejahilan sendiri.

Minda yang terhalang oleh sikap jumud kepada pemikiran penjajah. walau sekiranya telah merdeka 100 tahun sekalipun, tetapi masih memiliki sifat aku tidak pedulisma kita akan dijajah dan terus dijajah kerana kita masih terlena pada buaian yang dicipta oleh british dan anak watan didikan mereka!

Al-Quran mengajar untuk kita sentiasa berhati-hati dengan setiap perancangan oleh yahudi dan nasrani. Mereka tidak akan berhenti daripada mempengaruhi kita sehingga ummat Muhammad rosak mengikuti jejak langkah mereka.

jika dahulu, mereka berusaha dengan undang-undang dan perjanjian milik mereka, kini mereka melihat kejayaan mereka satu demi satu. Selagi undang-undang milik manusia dimuliakan dan undang-undang Allah diketepikan, jiwa kita semakin ditarah. Aqal kita akan terus dijajah.

Bangun wahai Ummat! tiba masanya islam tertegak!

Undang-undang islam yang telah dirangka oleh sultan yang berjiwa ulama, ditinggalkan ditelan zaman.

Sehingga akan datang tiada lagi mereka yang benar-benar mengikuti ajaran islam, maka benarlah sabda Rasulullah,

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA : dia berkata :

Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : ”Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, ”Ya Rasulullah ! Adakah Yahudi dan Nasrani yang Rasulullah maksudkan ? Nabi SAW menjawab : ”Siapa lagi, kalau bukan mereka". (HR.Muslim)


saya meninggalkan Istana bukit Puteri.. Al-fatihah buat Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan beragama, sultan berdaulat, sanjungan rakyat.

Wan Mohd Safwan
mgcgroup.blogspot.com
Manir, Terengganu

Monday, January 9, 2012

FO-LO-AN : Cahaya islam yang pernah gemilang

Masih terngiang-ngiang setiap tamra yang ditulis pada batu bersurat, pengambaran dokumentari pendek itqanul muluk bi ta'dil As-Suluk - 100 tahun memertabatkan islam mengujakan saya. Saya terpaksa mengkaji bahan sejarah yang ada, melawati tempat-tempat yang terukir didalam lipatan sejarah, cuba menyelami sejarah lampau, semua ini pengalaman pertama buat saya. Walaupun tugas tersebut berat untuk dilaksanakan bagi seorang yang mentah didalam pengarahan Dokumentari.

saya laksanakan..

Perjalanan ke Kg Buluh, Hulu Terengganu,

Jauh saya menungkan, melewati satu kampung ke satu kampung, bagaimana islam bermula di Fo-Lo-An
. Bagaimana islam pernah gemilang satu ketika di Fo-Lo-An yang merupakan nama tua bagi kuala berang. Perlabuhan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dan jual beli. kebanyakan budaya bercampur menjadi intipati sejarah sehingga sekarang. Mungkin sebelum ini bagi saya ianya hanyalah sebuah tinggalan sejarah. Bahkah, ianya jauh daripada apa yang difikirkan. petanda islam pernah gemilang di Terengganu awal sebelum 1303 masihi.

"wahai si pandai ukir, pada bicara beta, eloklah dipahat tamra pada prasasti. barang memberi peringatan dewata mulia raya akan sekelian hamba barang meneguhkan agama islam dibenuaku ini" Titah mandalika kepada si pandai ukir.

maka, tamra di pahat pada prasasti bagi menjadi peringatan kepada sekelian rakyat jelata bahawa akan peringatan Dewata Mulia Raya.

satu persatu tamra di pahat..

Saya tiba di Kampung Buluh, Hulu terengganu. Suasananya tidak lagi sama. Dalam ingatan, saya melihat sekeliling, mungkin dahulu disini adalah hutan belantara, rumah yang ada satu dua buah.

Lamunan saya terhenti seketika.

Memorial Batu Bersurat yang dibina bagi memperingati panemuan batu bersurat, saya tiba disana.

Pengambaran dimulakan.

cuba saya gambarkan suasana era kegemilangan Fo-Lo-An 1303, sebagai perlabuhan penting ketika itu.

Tamra pada batu bersurat dengan selawat dan pujian kepada baginda Rasulullah. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa pertuturan yang dipengaruhi oleh bahasa arab, sanskrit dan melayu purba. Tulisan yang digunakan adalah tulisan jawi purba. Unsur islam telah meresap lama didalam kerajaan Fo-lo-an.

Terengganu gemilang sebagai kerajaan islam.

Selesai pengambaran di Memorial Batu Bersurat, saya terus dibawa ke Sungai Tersat, tempat batu bersurat ditemui oleh Syed Ghulam Al-Bukhari ketika singgah bersolat pada tahun 1887 masihi.

Peninggalan lama surau tersebut telah terhakis satu persatu oleh zaman, namun ingatan dalam lipatan sejarah masih terukir seiring dengan batu bersurat. Satu persatu sejarah cuba saya kaitkan sehingga saya merasakan islam merupakan agama cahaya dan agama tamadun sehinggalah ianya jatuh satu persatu oleh british dan anak watan didikan british sehingga sekarang.

saya merentasi zaman..

saya meninggalkan Sungai Tersat bagi mengadap Sultan Zainal Abidin III mendengar titah baginda buat sekelian rakyat terengganu.


Tuesday, January 3, 2012

monolog sebuah hati

Entah kenapa, saya rasakan ingin menghabiskan penamat kepenatan saya hari ini dengan sedikit coretan pada blog. Mungkin dihati pelbagai rasa di teguk, namun tidak mudah untuk dicerita.

Rasa hati saya berkecamuk, sedikit bercampur berbaur hambar, dengan peperiksaan yang semakin hampir, tetapi tugasan yang di amanahkan juga perlu diselesaikan. Juzuk al quran yang masih belum habis saya hafalkan ditambahi dengan menghadamkan hafalan yang lepas, membuatkan saya agak terekan.

Dengan tugasan mengarahkan video dokumentari mengenai undang-undang islam diterengganu, 1911 yang memerlukan saya untuk membuat kajian yang teliti dengan bahan sejarah, mengarang skrip, menentukan lokasi pengambaran dan membikinkan video, sedikit sebanyak memenatkan fikiran. Team multimedia yang dibentuk belum sempat dilatih sepenuhnya, saya telah ditugaskan dengan tugasan tersebut.

Mengarahkan dua video sejarah serentak, agak menekan saya.

Dengan sejarah peribadi yang pernah tidak lulus peperiksaan dek kerana kesibukan, menakutkan saya. Saya menerima tugasan diatas kapasiti jawatan yang disandang. Berkali saya pernah menolak, mungkin belum di izinkan Allah, saya terpaksa menyandang.

Sedaya saya cuba membahagi masa yang ada untuk sesuaikan dengan tanggung jawab sebagai anak, mahasiswa dan seorang yang bergerak kerja islam. Namun, apabila semua seakan mendesak keadaan diri yang sederhana, saya mengalah.

Sesekali, terngiang-ngiang firman Allah jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu. Sedaya saya cuba mengerti firman ini, tetapi memerlukan hati bulat pada Allah. Ingin katakan berjuang saya bukanlah orangnya. Sekadar cebisan orang yang melakukan tanggung jawab sebagai islam.

Bimbang dihati menjadi kerisauan diri. Peperiksaan sedang menghampiri. Saya masih begini. Jawapan pada hikmah ini, masih punya pada ilahi. saya masih mencari..

Bismikallahumma ahya wa amut..... Lena malam menyelimuti hati gelisah ini...

Friday, December 30, 2011

26.... tidak akan saya sia-siakan



Ingin menjamah kerja yang bertimbun seperti tiada daya, fikiran terlalu sarat untuk mencelah menyelesaikan masalah yang ada, merangka kerja yang seterusnya. saya kepenatan. Sekarang didalam Kursus Pengurusan Organisasi (KPO ) Majlis Perwakilan mahasiswa KUDQI. Esok akan ke Kuala Lumpur diatas temu janji dengan seorang wartawan.

Dengan perlu mengarahkan sebuah Dokumentari khas sejarah Undang-undang islam Terengganu, masih banyak perkara yang tidak diselesaikan.

Tirai 2011 saya labuhkan....

Zaman Muda ini, saya perlu tempuh sebaiknya. Tidak akan saya sia-siakan....

Usia saya setahun lagi meningkat...

26... usia yang makin mendekatkan kepada kematian..

Wednesday, August 17, 2011

Pengalaman membantu polis mengeluarkan mayat


Tidak semena-mena saya yang dipanggil untuk pertama kali saya dapat membantu kerja polis, ada mayat yang tersangkut di tiang bendera. orang yang memerhati kejadian tersebut, pasti tidak akan melupakannya. saya perlu mambantu kerja pihak polis untuk menurunkan mayat tersebut, bagaimana tersangkut diatas tersebut, saya kurang pasti. tapi yang pasti mayat itu semakin mereput. hampir kehitaman. terlalu lama barangkali.


saya diarahkan untuk naik seorang diri pada awalnya, badan sya di ikat erat bagi mengelakkan terjatuh. Dan seterusnya 3 lagi pegawai polis menaiki tiang bendera tersebut. kerana mayat tersebut terlalu sukar untuk di lepaskan. terlalu lama barangkali.


Setelah dicuba berkali-kali, tiang bendera tersebut membengkok, dan.. Panggggg!! tiang tersebut patah. keempat-empat daripada kami terjatuh. Tetapi tiada kemalangan jiwa. saya terus bangun, tiba-tiba ada seseorang memanggil saya.. safwan... safwan.. sayup-sayup.. lama kelamaan ianya semakin dekat... saya membuka mata, la... mimpi rupanya.....


p/s : terlalu banyak kes jenayah didalam berita sekarang ini, sehingga terbawak-bawak didalam mimpi... aduyai


Wan mohd safwan

http://www.mgcgroup.blogspot.com


Monday, May 30, 2011

Dia telah membisu tanpa bicara, kerana kita...

Hening pagi…

Saya merangkak-rangkak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

Mencari sebuah masjid. Masjidnya bukan tiada, tetapi seolah-olah tiada berpenghuni. Muram, suram, gelap ditambah sepi malam. Sedih tanpa bicara.

Niat dihati ingin ke masjid negeri, untuk beri’tikaf disana. Hanya kerana rindu bermusafir. Musafir kecil saya mulakan. Perlahan saya mencari ruang untuk bermusafir. Matlamat, Masjid Negeri Terengganu. Seusai tiba disana, hampa. Gelap, pagar dan pintunya berkunci. Sesekali tampak kelibat ‘pak guard’ dipondoknya.

Saya mula kecewa.

Hati saya mula ngomong sendirian,

Saya melangkah ke masjid yang paling berdekatan, Masjid Kampung Ladang, sekali lagi saya hampa. Pagarnya berkunci. Hati saya cuba ditenangkan, “mungkin sekarang jam 1.00 pagi!, masjid TERPAKSA ditutup untuk mengelakan kecurian”.

Tetapi kecewa saya makin ditambah, “apa guna adanya penjaga keselamatan masjid”

Saya meneruskan lagi sehingga sempat saya singgah di masjid paling gah satu ketika dulu, Masjid terapung,

Ya Allah, adakah masjid hanya tempat untuk bersolat 5 waktu sahaja? Hati saya sekali lagi berbisik.

Kecewa

Saya mula berfikir, adakah masjid hanya pada waktu siang sahaja dan pada waktu solat-solat tertentu sahaja. Sedangkan solat pada setiap masa. Fardhunya mungkin 5 kali sahaja, tetapi sunatnya sepanjang masa.

Mana mungkin masjid yang mempunyai penjaga keselamatan,tidak dijaga keselamatannya melainkan mereka sememang tidak menjaga keselamatannya, memang tidak salah sekiranya pagarnya dikunci. Penjaga Keselamatan, tidak menjaga Keselamatan masjidnya!

Atau mungkin masjid tidak lagi di imarah pada waktu-waktu sebegini sehingga, ada baiknya dikunci dan penjaga keselamatan tido sahaja! Masjid yang telah suram, menjadi semakin suram

Saya meneruskan tekad untuk ke sebuah masjid yang lebih jauh,

Saya bersyukur, seusai tiba ianya seperti sangkaan saya, Masjidnya terbuka seluas-luasnya untuk para tetamu Allah untuk mengimarahnya.

Saya basahi muka dengan wudhuk,

Di hati saya bersyukur kerana masih mempunyai masjid yang langsung tidak cantik, tidak mempunyai pintu pagar, pintunya tidak berkunci dan tidak mempunyai penjaga keselamatan yang khusus. Seluas-luasnya ianya dibuka, seluas hati para Tetamu Allah yang mengunjunginya

Pada hari ini, masjid ini menjadi saksi

Saksi pada kehambaan..

Di Masjid Kampung Rusila saya bersimpuh, Masjid biasa tanpa sebarang keindahan luaran, tetapi terkenalnya seluruh semenanjung Malaysia. Terkenal kerana keberkatanya.