8.24 am- kami bersarapan di Matang Jaya sebelum meneruskan XPDC hari terakhir kami di sarawak. Destinaasi pada pagi ini Sarikin bersempadan dengan Indonesia.
10.30 am- Setibanya di serikin, seperti biasa kami telah mengedarkan leafletting dan gelembung kepada kanak-kanak dan para pengunjung yang datang di sini. Serikin merupakan pusat perniagaan kecil-kecilan yang mempunyai pelbagai barangan seperti kraftangan, bahan-bahan basah seperti sayuran dan sebagainya. Ia merupakan tempat tumpuan penduduk dari sekitar Bandar Kuching dan juga dari pelbagai tempat di sarawak. Malah, ada juga yang hadir daripada semenanjung yang datang untuk bercuti dan sebagainya.
Di Pasar Sarikin
Ketika di sana, sempat jugak kami membeli beberapa barangan yang ingin dibawa pulang sebagai cenderahati untuk diberikan kepada sanak saudara dan rakan-rakan disemenanjung.
2.00 pm- Kami telah bergerak ker pasar satok untuk memberikan leafletting dan gelembung kepada pengunjung pasar tersebut dan sempat juga kami memberikan sedikit penerangan mengenai PAS tujuan kami di sana.
Pasar Satok
5.00 pm – Sebelum beredar, sempat kami menjamu selera di Pasar Satok.
8.30 pm - XPDC kami pada kami pada kali ini telah hampir kepada penghujungnya, kami bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Untuk kali terakhirnya, kami bergambar bersama-sama krew Outreach XPDC Dakwah Sabah Dan Sarawak.
Krew OutReach XPDC Dakwah Sarawak
9.15 pm – kami bergerak ke balai berlepas dan menunggu panggilan terakhir pesawat Air Asia.
9.50 pm - 11.50 pm – Pesawat Air Asia AK5200 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kami diramalkan tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Subang pada jam 11.50 minit malam dengan pernerbangan memakan masa 2 jam itu.
11.55 pm-kami tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Subang dengan pesawat Air Asia dengan kelajuan 8000 batu sejam. Maka, berkhirlah sebuah XPDC kami yang amat memberikan seribu makna dalam hidup kami.
1 Mei 2009 (Jumaat) -Sekitar Bandar Kuching dan WaterFront
11.30 – 12.30 am – Kami bergerak sekitar homestay leafleting dan memberikan gelembung kepada kanak-kanak.
4.30 -5.30 pm – Selepas itu, kami meneuskan XPDC ke Damai Beach Resort (gunung santubong)
5.30 pm – Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Taman Mesra Bako. Disni, kami telah dihalau oleh 'orang-orang BN' walaupun ketika itu sambutan daripada penduduk kampung terhadap kami amat menggalakkan. Kami difahamkan, kami adalah kumpulan yang pertama yang telah datang ke kampung tersebut untuk memberikan penerangan tentang PAS. Untuk ke sana kami terpaksa menaiki bot. Sebelum pulang, beberapa orang-orang kampung telah berjumpa Penghulu kampung tersebut untuk meminta borang keahlian PAS. Kami syukur kerana sambutan mereka terhadap kami amat beransangkan.
7.00 pm - Setelah itu, kami terpaksa pulang kerana pada malam tersebut, kami telah dijemput untuk makan malam ni di Pasti Satok dekat sini.
Pasti Satok
8.00 pm - Tiba di Pasti Satok, kami telah dijamu dengan makanan ala Sarawak. Alhamdulillah, syukur. Terasa cukup kenyang dengan jamuan tersebut.
8.45 pm - kami meninggalkan Pasti Satok dan bergerak ke Waterfront untuk meneruskan lagi agenda kami di sarawak.
Menyediakan 'gelembung-gelembung'
9.15 pm – Setibanya disana kami letah mengedarkan leafletting dan gelembung, Alhamdulillah, sambutan rakyat sarawak terhadap kami amat memberangsankan. Kami pulang setelah selesai menyempurnakan Aktiviti kami di Waterfront bandar tepi air yang indah.
Waterfront
12.00 am - Kami beredar dari waterfront setelah selesai menyempurnakan misi pada malam itu.
8.55 pm – Kami memulakan perjalanan kami pada hari kedua dengan menziarah ke rumah ketua menteri di Damak.
Keadaan sesak ketika di kediaman Ketua Menteri Sarawak
9.30 am – Sempat kami singgah branch di restoran chilli pepper di Tabuan bagi menjama’ waktu makan kami untuk menjimatkan sedikit masa pada hari tersebut untuk meneruskan xpdc pada hari kedua.
11.00 am- Bertolak ke lingga. Pada hari tersebut kami tidak menjangkakan kami perlu menyusuri jalan yang berbatu sejauh 34 kilometer ke pedalaman. Walaupun agak mencabar, namun kami masih bersemangat untuk meneruskan XPDC.
Jalan yang berbatu sejauh 34 kilometer
bergambar bersama Apai dan Indai
5.30 pm- Kami tiba di Lingga dan terus ke Kampung Seduku Ili untuk berjumpa ahli rumah panjang 15 pintu dari suku kaum Iban dan sempat beramah mesra bersama dengan ahli rumah panjang tersebut dan menemui Tuai Rumah Pak Cik Tuntun dan isterinya Munai. Disana juga beliau(Pakcik Tuntun) telah menerima anak angkat daripada kami iaitu Saudara Safwan.
Memberikan penerangan untuk memakan ubat yang diberikan
Setelah itu, kami telah bergerak untuk ke rumah panjang yang kedua untuk bertemu ahli rumah panjang tersebut. Di sini kami telah berjumpa dengan Tuai Rumah Banduak Anak Abong. Kami telah memberikan rawatan secara percuma kepada penghuni rumah. Kebanyakan penghuni dirumah panjang tersebut telah berusia dan para pemuda rumah panjang tersebut kebanyakan daripada mereka telah berhijrah ke bandar bagi mencari pendapatan dibandar.
'kakak gelembung' yang periang
7.00 pm- Kami bersolat jama’ di Masjid Lingga sebelum meneruskan perjalanan pulang ke penempatan kami.
Restoran D'N Corner
9.00 pm- kami singgah makan malam di D’N Corner diantara menu istimewa di sini ialah nasi goreng dabai, lilo(tongkat ali+milo), horlo(horlick+milo) dan banyak lagi. Mee Sapi dan Mee Kolok tetap menjadi pilihan diantara kami. =)
2.09 am- Dalam perjalanan pulang, van kami kehabisan minyak dan terpaksa bermalam di Sri Aman. Perjalanan daripada Kuching ke Sri Aman memakan masa 3 jam dan perjalanan daripada Linga ke Sri Aman memakan masa 2 jam. Kami difahamkan stesen minyak yang terdekat hanya buka dari jam 6 pagi sehingga 11 malam. Jadi, terpaksalah kami bermalam didalam van.
Assalamualaikum... Alhamdulillah...Syukur kahadrat Allah kerana masih diberikan kudrat untuk meneruskan penulisan yang x seberapa ini. Selawat dan salam keatas Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Sekali lagi terlewat untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat yang ingin mengetahui program yang telah saya ikuti di Sarawak. Program ini telah di rancang dan dilaksanakan oleh Sekeriat Kita Bersaudara dibawah Lajnah Penerangan, Dewan Muslimat PAS Pusat. Program tersebut diadakan adalah untuk bertemu warga-warga pedalaman di Kuching, Sarawak. Sebelum ini, program ini telah diadakan di Sabah dan telah mendapat sambutan yang menggalakan. Namun Begitu saya hanya berpeluang mengikuti untuk ke Sarawak. Dibawah ini saya bawakan sedikit catatan perjalanan untuk santapan sahabat.........
29 April 2009 (Rabu) - Sebuyau
7.20 am -Memulakan perjalanan ke kuching. Jadual perjalanan penerbangan jam 7.10 am di LCC Terminal, Sepang. Walaupun penerbangan tidak mengikuti masa yang ditetapkan, namun masih tidak menganggu jadual perjalanan Outreach XPDC kali ini.
9.00 am – Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
10.45 am – Berkumpul di rumah Ustzah Latifah untuk meneruskan perjalanan ke kampung yang pertama bagi group yang kedua dan bergerak menggunakan 2 van. Perjalanan kami diketuai oleh Ketua Pemuda PAS kawasan Petrajaya(bukan Putrajaya.hehehhe) Saudara Fizwan.
Bergambar Ketika di atas feri di Sungai Muara Tuang
Sebelum tiba di kampung Samarahan kami menyeberangi2 batang sungai dengan menaiki feri untuk tiba disana iaitu Sungai Muara Tuang, Samarahan dan Sungai Bulu, Batang Sadong.
Warga Kampung Raba
1.30pm - kami tiba di Kampung Raba untuk bersolat jama’ zohor dan asar.
Menghulurkan Sumbangan baju Sembahyang kepada wakil Kampung Raba - Pak Cik Hatta
2.00pm- beramah mesra dengan wakil kampung Pak Cik Hatta dirumah beliau di Kampung Raba.Pak Cik Hatta telah bersetuju untuk menerima anak angkat daripada ahli Seketriat Kita Bersaudara iaitu sahabat kami Saudara Rashidi.
Saudara Rashidi ketika bergambar bersama keluarga angkatnya
Kami telah dibawa ke pasar Kampung Raba oleh Pak Cik Hatta untuk menyerahkan leafleting Stiker, memberikan gelembung kepada kanak-kanak.Kami juga sempat berjumpa ketua muslimat merangkap ketua penyokong PAS, Salim Anak Yuling di Kampung Raba
3.45pm – kami telah mendapat berita kematian isteri Ketua Menteri Sarawak dan kami telah untuk menzairahi mendiang keesokkan harinya.
Meneruskan Perjalanan ke rumah suku kaum iban
4.40pm- Tiba di Rumah Panjang Kg Kelait/Entangor : Pak Cik Imbi anak Engkah ketua kelab penyokong PAS
Pak Cik Limbi(Tengah) ketika bergambar bersama Saudara Azri(anak angkat) beliau.
Kami juga Sempat beramah mesra dengan Pak Cik Lambi dan keluarga dan beliau juga sudi menerima anak angkat dengan kunjungan kali ini Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat telah memilih Azri sebagai calon anak angkatPak Cik Lambi
Kami diberitahu, elektrik hanya dipasang pada 5 tahun sekali(ketika pilihanraya umum) walaupun tiang elektrik telah disediakan dahulu dan mereka hanya menggunakan generator (anggaran kos menggunakan genarator selama sebulan sebanyak RM500)
6.00 pm – Tiba di kampung Lunying (leafleting dan edar gelembung )
”Kami org Iban kalu kata OK (PAS), mmg bleh percaya PAS, tp not malay” kata salah seorang daripada kaum iban yang kami temui.
7.00pm – kami bersolat jama’ maghrib dan isya’ di masjid Sebuyau
Hj Adam Ahid dan isterinya bergambar bersama krew Seketiriat Kita Bersaudara
8.46 pm – ketika perjalan pulang , kami sempat menziarah Hj Adam Ahid dan isterinya di Rumah Ladangdi kg ibol. Beliau merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Sarawak dan juga merupakan bapa angkat Saudari Masnor dan Saudari Nafisah)
10.00pm- Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke bandar Kuching
11.00 pm- Kami telah singgah makan malam di pasar satok untuk mengisi ruang kekosongan perut kami.