Thursday, February 10, 2011

Luahkan atau pendamkan?


“kau tak tahu lagi macam mana bila aku marah” tutur seorang kawan sambil menahan pendam.

“kau ingat, kau seorang saja ang boleh marah? Marah aku belum kau lihat lagi” pekik sahabatnya dalam diam

Mereka yang pernah melalui, pasti mengetahui. Amarah yang cuba dizahirkan. Sesekali teringatkan ketika ‘darah muda’ pernah bersama dahulu. Pantang ditegur. Pantang di sakat. Pasti amarah luahkan.

Terlalu bangga dengan amarah yang bakal merosak jiwa. Jika hanya merosak jiwa yang mengeluarkannya mungkin tidak mengapa. Namun, menikam jiwa mereka yang bersamanya. Jika versi dara muda saya dahulu, pintu, dinding dan bermacam-macam lagi yang menjadi mangsa kemarahan. Merosakkan harta benda, kata sesetengah orang. Jika dulu tidak pernah saya fikirkan, sekarang apabila saya berada kerusi pemerhati, saya ketawa kecil melihat drama pada era tidak matang saya dahulu.

Itu mungkin versi saya. Versi anda? Versi dia? Banggakah kita dengan marah yang ‘ntah apa-apa’? marah itu ada tempatnya. Marah itu serperti ubat, tidak diambil bakal ditimpa penyakit. Diambil berlebihan merosakkan badan. Ambilah sederhana sahaja. Sederhananya macam mana? Marahlah pada perkara yang menjadi bertentangan dengan keagamaan, itupun masih perlu dipertimbangkan. Berdasarkan uslub yang bersesuaian.

Meluahkannya pahit, menahannya lebih pahit

Ketika didalam satu program, saya diberikan amanah sebagai ketua disiplin, memegang amanah sebagai ketua disiplin, pasti akan dipandang sinis. Ketika satu slot, saya pernah di maki oleh salah seorang perserta, jari jemari mengeletar menahan kemarahan.

Jika diikutkan hati dan nafsu mahu sahaja melakukan sesuatu atas kebiadaban mereka. Tetapi saya lebih fikirkan hikmah pada sebuah kesabaran.

Fikiran berkecamuk, hati kecewa, jiwa meronta, nafsu membuak, setiap rasa bermain didalam satu perasaan.

Saya tinggalkan sementara program, memuhasabahkan jiwa. Memohon kekuatan semula.

Ia tidak terhenti disitu.

Ketika melakukan kerja amal, tanpa mengharapkan sebarang gajian, saya pernah dibenci dan dicemuh dengan kutukan peribadi. Amarah di tahan, sepanjang malam menahan kesedihan. Berkecamuk. Tetapi terubat bila mengingatkan janji Tuhan, kelebihan mereka yang bersabar.

Rasulullah Menahan amarah dengan doa

Pada tahun ke 10 kenabian, iaitu 3 tahun sebelum hijrah, Nabi saw menghadapi satu tentangan yang luar biasa hebatnya. Kaum Quraish memulaukan baginda. Dalam keadaan yang penuh tekanan ini, Nabi bersama Zaid Harithah telah memilih bandar tinggi Taif untuk medan dakwahnya. Mencari ruang untuk menguatkan dakwah islam.

Sesampainya di Taif, Nabi bertemu dengan tiga orang ketua Bani Thaqif iaitu suku Arab terbesar di Taif. Salah seorang dari mereka tidak mahu mencampuri urusan dakwah ini. Dia mengatakan, "jika engkau pendusta, aku tidak mahu layan pembohongan ini, tetapi jika kamu benar-benar Nabi, aku tidak mahu dilaknat". Dua orang lagi berhujah dengan Nabi. Mereka yang memang dari awal menolak dakwah ini terus menghina-hina dan memperbodohkan Nabi yang mulia ini.

Akhirnya mereka berdua menghalau Nabi.

"Keluar kamu dari negeri kami ini".herdik mereka

Mereka mengheret Nabi keluar dari Bustan as-Thaqif (taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Nabi menolak-nolak Nabi. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling nabi dengan batu. Batu-batu itu melukai kepala, badan dan kaki Baginda.

Zaid menjerit-jerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Nabi yang cedera meninggalkan Bustan at-Thaqif. Ketika menuruni curam bukit, batu masih lagi menghujani mereka berdua. Setelah jauh, Nabi bersandar di satu batu, baginda memegang badan Zaid, bertanyakan khabar keadaan Zaid. Zaid yang juga cedera lebih membimbangkan keadaan Nabi.

Jibrail telah datang kepada Rusulullah kemudian, berkata:

“Kamu ingin aku hempapkan bukit ini kepada mereka? Atau kamu mahu aku menjerit sebagaimana yang telah dilakukan kepada kaum ad?”

Rasulullah menjawab,

“ Tidak perlu”

Ketika darah mengalir pada badan baginda,Baginda menadah tangan dan bermunajat.

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

sekadar balingan cemuhan, balingan makian yang tidak meluakkan, malah sekadar bertikam lidah dalam menentukan keputusan bukan perkara yang perlu diketengahkan. Tetapi tawadhuk dalam melihat amarah dari Allah.

Jika kita mampu marah, bagaimana pula ‘amarah Allah’ dengan diri yang sekerdil kita? mampukah menahan kemurkaan Allah?

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda:Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.(Riwayat Al-lmam Bukhari)

Dalam Hadith yang lain,

“Dari Jaddi Atiyyah katanya : Bersabda Rasulullah saw : “ Kemarahan itu dari syaitan dan sesungguhnya syaitan cipta dari api sedangkan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh karena itu jika salah seorang kamu marah, hendaklah berwudhu”. (HR.Abu Daud)


7 comments:

  1. hahaha standard lah gitu..buat kerja amal memang tak ramai yg suka..tak ramai bg sokongan..jgn kan kita, nabi saw sndiri pun ramai benci..biasalah tu,..

    Ketika melakukan kerja amal, tanpa mengharapkan sebarang gajian, saya pernah dibenci dan dicemuh dengan kutukan peribadi. Amarah di tahan, sepanjang malam menahan kesedihan.

    kdg2 ader benda kena difikirkan syeikh..org kritik, org cemuh memang sakit hati dibuatnya..tmbah2 kalau kritik tu tak membina tp jadi membunawe..hihihi..org kritik mgkin ada sebab2 trtentu yg mencacatkan peribadi..enta tentu prnah dgr kalau kita kuat berjemaah, pelajaran biar no 1..maknanya dlm ramai2 pelajar tu, biar kita bukti kan kita boleh dapat no satu paling pandai..ana pengalaman dalam tabligh, dalam JIM dan Pas sendiri..semua akan cakap mcm tu..bahkan diorg tmbah lagi, jgn smpai keputusan periksa kita bawa fitnah dalam jemaah iaitu sampai tahap org lain akan kata"tulah beliau tu, aktif sgt smpai pelajaran terabai"...

    Jadi, ana kiaskan pelajaran tu dgn bnda2 lain..mgkin ader prkara2 lain yg mnybbkan peribadi enta diserang..kerja2 amal ni memang susah, perlukan kesabaran..hihihi ana teringat midi kena marah ngan ana tntg tarikh nuqaba yang nak diubah tu..lajnah tarbiah kena byk sabar jugak dgn ana tahun ni..jgn lupa, ana lah pengkritik utama lajnah tarbiah dulu..hahahaha...ky lah wasalam...ana ahli hadis, insya Allah...enta baru ahlul fuqaha...ya syeikhul soldier of muslims...

    ReplyDelete
  2. siapa daftarkan diri dengan jemaah, perlu ingat. pasti! semestinya akan dibenci. ia dan menjadi sunnah Rasulullah.

    ana pernah di beri peringatan daripada naqib ana, jemaah atau sesiapa yang tiada tentangan, perlu dilihat semula, bimbang kita bukan berada dilandasan sebenar.

    ia tidak bererti langsung tiada kesenangan dalam berjuang, tetapi apa yang dapat diambil kita perlu sentiasa muhasabah.

    Menjadi hebat dimata manusia bukan perkara mudah. no 1 dimata manusia. Malah, dalam sesetengah perkara, ia adalah mustahil.

    Yang penting, kita cuba untuk menjadi no 1. mungkin kita lemah dalam banyak perkara lain, tetapi ada kelebihan kita dalam perkara yang lain pula.

    diantara kepentingan dalam berjemaah, apa yang menjadi kelemahan kita, sahabat kita yang menutupinya. yang menjadi kelemahan sahabat, kita pula yang menutupinya.

    lihat sahaja, bagaimana Rasulullah bersahabat.

    jika kita bersama serang dan menyerang, sudah pasti terselah kelemahan jemaah islam. makin mudah untuk diserang.

    dalam jemaah juga ada proses 'check and balance'. istilah kita, muhasabah, analisis dan sebagainya. setiap perkara yang dibuat pasti perlu kepada penelitian semula agar kita tidak syok sendiri.

    ada sesetengah da'ie, sangat berpuas hati dengan diri sendiri.

    tetapi jika banyak perkara yang ingin dibuat, melihat pada siapa yang kata itu adalah sifat 'i'jabinnafsi'...

    bersederhanalah dalam banyak perkara.. dan bersikap empati. Sikap meletakkan diri orang lain kedalam diri kita sebelum kita melaksanakan sesuatu perkara.

    Da'ie, ada check and balance.. empati... dan bersederhana dalam banyak perkara.

    paling mudah untuk dibuat kesimpulan, mengambil contoh Akhlak rasulullah. mukin bukan mudah untuk ambil semuanya, ambilah sedikit demi sedikit.. InsyaAllah, lama-lama banyaklah :)

    Maaf ye ya ahlu hadith... ana masih lagi belajar.. bukan ahlu fuqaha, tetapi pengikut mazhab-mazhab. masih banyak yang perlu belajar :)

    ReplyDelete
  3. Wah canggih jugak jwapan enta...ana pun phm tak phm jer baca ni..hihihi tp ana memang suka serang menyerang...huhuhu ermm eh tp tak baik kan..hihihi nnti tak thiqah tak boleh riwayat hadis...akhlak kena jaga, semua kena jaga..btul apa yg enta kabo tu..kalau terlalu ikutkan hati, memang semua tak jadi..akhirat kita yg susah nnti...ahlul fuqaha mazhab lah tu..bukan ahlul fuqaha tak bermazhab mcm setengah2 org tu..ana baru jer dpt tau ahli hadis terkemuka, imam nasaie tu rupa2nya mazhab kita, as-syafie..ermm takder pulak beliau keluar mazhab sebab byk pndgn syafie tak rajih..hihihi ader org zaman sekarang pandai lagi kot dari imam nasaie..Allahu'alam..

    ReplyDelete
  4. Ana tibe2 rasa nak tambah lagi komen..ana tertarik dgn ayat enta ni...

    "ana pernah di beri peringatan daripada naqib ana, jemaah atau sesiapa yang tiada tentangan, perlu dilihat semula, bimbang kita bukan berada dilandasan sebenar."

    mintak maaf ana nak cakap, semua jemaah yg ana jumpa akan bercakap yg sama.Jim ckp gini, tbligh ckp gini, Pas cakap gini, Hizbut tahrir pun ckp gini..ana bimbang, ayat ini seolah2 memberi lesen kepada pejuang2 Islam(PAS) untuk berperangai tidak baik yg menyebabkan org mencercanya...kemudian dia akan kata, biasalah berjuang memang org akan tentang..Jemaah tbligh, ada yg kena kejar dgn parang..hizbut tahrir ada ahli dia yg kena bunuh, kena tgkap..semua akan guna ayat yg sama..enta kena muhasabah jugak, syeikh..dlm ramai2 pelajar kudqi yg terlibat dgn jemaah, ana boleh sebut cuma khir je yg namanya baik di kalangan pelajar..yg lain2, enta paham2 sendiri lah..ana di poli dulu, berapa ramai sahabt2 ana yg jemaah Pas, cucu tg nik aziz pun ader, tp tak mahu join usrah Pas atas alasan "aku tak leh gi lah dgn naqib tu"..kdg2 usrah tu 2-3 org jer..ramai pelajar lain lagi suka join tbligh dan Jim..ANa bercakap soal realiti..ada yg dh join usrah lama dgn ana, tiba2 mufaraqah dari jemaah atas dasar yg sama, tak ngam dgn naqib tsb..jd pndgn ana(selaku org yg di tepi pantai, bukan dlm dasar laut jemaah), sikap org2 jemaah tu jugak kena diperhatikan..harap enta paham lah apa yang ana maksudkan..mungkin kena bincang panjang lebar lagi kat kudqi..tp ermm ana bukan suka sgt sembang benda2 gini..hihi ana suka sembang bab2 hadis, huhuhu...mcm mana ana boleh tertulis benda ni, ana pun tak tahu..satu lg pesanan ya..jgn lah sampai disebabkan peribadi kita, org menjauhkan diri dari jemaah..ermm tp pesanan ni bukan untuk enta sorg, untuk ana, untuk org2 lain jugak..

    ReplyDelete
  5. betul apa yang enta maksudkan... ana pernah bersama dalam jim, tabligh dan sebagainya... mungkin HT je belum lagi... :P

    atas kesilapfahaman, menjadikan sesetengah orang memanipulasi maksud 'tentangan'... bukan tentangan yang ingin diketengahkan...

    tapi, check and balance, muhasabah.. analisis dan sekutu-sekutu perkataan tersebut. perlu ada penelitian pada diri kita. apa dan bagaimana yang kita ingin bawa.

    Islam seperti barangan, kita cuba promosikan, tarikan seseorang kepada pembelian barangan kita bukan sekadar cantik dan bagusnya barangan tersebut, tetapi juga pada cara kita bercakap, cara kita peragakan.. sama ada kita telah gunakan atau tidak, pun menjadi sebab kepada tertariknya seseorang. Mana tidanya, sekiranya kita masih belum gunakan barangan tersebut, masakan orang akan yakin dengan percakapan kita?

    muhasabah ni bukan sekadar pada tentangan tersebut... tetapi pada dasarnya perjuangan itu sendiri... apa yang menjadi syariat yang sebenar, pun perlu dimuhasabah...

    ana tidak maksudkan waqi'e di kudqi, tetapi seluruh tempat.

    setiap waqi'e kita perlu mulakan bi'ah solehah.. siapa yang terbaik, bukan kita yang tentukan.. penilaian sebenar, Allah yang tahu... Walaupun orang yang dipndang baik dikaca manusia, masakan boleh berlaku dia yang paling buruk dihadapan Allah...

    bukankah sejarah telah buktikan? apa yang penting, kita yang mulakan pada diri kita.. siapa kita? bagaimana kita? kita yang tentukan..

    siapa mereka? bagaimana mereka? biarlah Allah yang tentukan...

    yang menjadi kewajipan... sedarkan setiap orang...

    "bangun! dan beri peringatan" (mudthir : 2 )

    jika kita berjemaah kerana seseorang, sudah psti kita akan meninggalkannya.. kerana orang bermacam-macam ragam.

    tapi kita berjuang kerena perniagaan yang Allah tawarkan... :)

    ReplyDelete
  6. jika kita berjemaah kerana seseorang, sudah psti kita akan meninggalkannya.. kerana orang bermacam-macam ragam.

    Ana suka ayat enta ni..kdg2 kita mufaraqah dari jemaah hanya semata2 tidak setuju dgn pendpat sesetgh org dalam jemaah..ader yg mufaraqah kerana peribadi dua tiga org..ader yg mufaraqah kerana merasakan "wat pe aku tolong jemaah kalau dia yg naik jd calon"(contoh)..mcm2 hal..ana teringat satu kisah seorg tokoh dalam Pas, cuma tak ingat nama..dia ni ulama dari perlis..dalam harakah pernah tulis tentang beliau..dia mula2 aktif dalam Pas tp tiba2 jd kendur kerana ramainya aliran2 pondok/kaum tua dalam Pas..kerana beliau aliran kaum muda/salafi..tp akhirnya beliau kembali aktif kerana beliau sedar tiada gunanya mufaraqah hanya kerana perbezaan khilaf di antara dia dan ulama2 tradisi..kdg2 kita diuji dgn mcm2 perkara..bukan tntgn di luar jemaah sahaja, kdg2 dalam jemaah sndiri..di tempat ana, pkara ini berlaku..atas dasar khilaf sesama sndiri, pendokong2 jemaah yg ramai tiba2 ramai yg jd "penyokong senyap di balik tabir" sahaja..ada yg datang usrah "hanya apabila ust nasa jd naqib"...sekarang ni ust nasa dah pindah,jrg dtg tmpat ana..jd org2 gini lgsung tidak nampak "batang hidung"...Ok lah jauh sungguh kita sembang bab gini...tak habih2..berjuang kerana jemaah, bukan kerana peribadi org2 dalam jemaah..Alangkah indahnya ungkapan yusuf Islam (kalau tak silap analah).."aku bersyukur kerana aku jumpa Islam dan aku peluk Islam terlebih dahulu sebelum aku jumpa Muslim(org2 Islam)..

    ReplyDelete
  7. betul ust hilmi... ana setuju :)

    jika ana salah, tunjukkan ana ya ahlul hadith..

    ReplyDelete