Monday, May 30, 2011

Dia telah membisu tanpa bicara, kerana kita...

Hening pagi…

Saya merangkak-rangkak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

Mencari sebuah masjid. Masjidnya bukan tiada, tetapi seolah-olah tiada berpenghuni. Muram, suram, gelap ditambah sepi malam. Sedih tanpa bicara.

Niat dihati ingin ke masjid negeri, untuk beri’tikaf disana. Hanya kerana rindu bermusafir. Musafir kecil saya mulakan. Perlahan saya mencari ruang untuk bermusafir. Matlamat, Masjid Negeri Terengganu. Seusai tiba disana, hampa. Gelap, pagar dan pintunya berkunci. Sesekali tampak kelibat ‘pak guard’ dipondoknya.

Saya mula kecewa.

Hati saya mula ngomong sendirian,

Saya melangkah ke masjid yang paling berdekatan, Masjid Kampung Ladang, sekali lagi saya hampa. Pagarnya berkunci. Hati saya cuba ditenangkan, “mungkin sekarang jam 1.00 pagi!, masjid TERPAKSA ditutup untuk mengelakan kecurian”.

Tetapi kecewa saya makin ditambah, “apa guna adanya penjaga keselamatan masjid”

Saya meneruskan lagi sehingga sempat saya singgah di masjid paling gah satu ketika dulu, Masjid terapung,

Ya Allah, adakah masjid hanya tempat untuk bersolat 5 waktu sahaja? Hati saya sekali lagi berbisik.

Kecewa

Saya mula berfikir, adakah masjid hanya pada waktu siang sahaja dan pada waktu solat-solat tertentu sahaja. Sedangkan solat pada setiap masa. Fardhunya mungkin 5 kali sahaja, tetapi sunatnya sepanjang masa.

Mana mungkin masjid yang mempunyai penjaga keselamatan,tidak dijaga keselamatannya melainkan mereka sememang tidak menjaga keselamatannya, memang tidak salah sekiranya pagarnya dikunci. Penjaga Keselamatan, tidak menjaga Keselamatan masjidnya!

Atau mungkin masjid tidak lagi di imarah pada waktu-waktu sebegini sehingga, ada baiknya dikunci dan penjaga keselamatan tido sahaja! Masjid yang telah suram, menjadi semakin suram

Saya meneruskan tekad untuk ke sebuah masjid yang lebih jauh,

Saya bersyukur, seusai tiba ianya seperti sangkaan saya, Masjidnya terbuka seluas-luasnya untuk para tetamu Allah untuk mengimarahnya.

Saya basahi muka dengan wudhuk,

Di hati saya bersyukur kerana masih mempunyai masjid yang langsung tidak cantik, tidak mempunyai pintu pagar, pintunya tidak berkunci dan tidak mempunyai penjaga keselamatan yang khusus. Seluas-luasnya ianya dibuka, seluas hati para Tetamu Allah yang mengunjunginya

Pada hari ini, masjid ini menjadi saksi

Saksi pada kehambaan..

Di Masjid Kampung Rusila saya bersimpuh, Masjid biasa tanpa sebarang keindahan luaran, tetapi terkenalnya seluruh semenanjung Malaysia. Terkenal kerana keberkatanya.

3 comments:

  1. Terharu bila yang dimaksudkan adalah masjid Rusila. Masjid yang dibina dengan jutaan peluh pengorbanan masyarakat. Terharu kerana saya pernah satu ketika dulu di situ. :)

    ReplyDelete
  2. berkat dengan peluh pengorbanan masyarakat yang ikhlas... masjid tu dimakmurkan... :) syukran ustaz mad

    ReplyDelete