Tuesday, January 3, 2012

monolog sebuah hati

Entah kenapa, saya rasakan ingin menghabiskan penamat kepenatan saya hari ini dengan sedikit coretan pada blog. Mungkin dihati pelbagai rasa di teguk, namun tidak mudah untuk dicerita.

Rasa hati saya berkecamuk, sedikit bercampur berbaur hambar, dengan peperiksaan yang semakin hampir, tetapi tugasan yang di amanahkan juga perlu diselesaikan. Juzuk al quran yang masih belum habis saya hafalkan ditambahi dengan menghadamkan hafalan yang lepas, membuatkan saya agak terekan.

Dengan tugasan mengarahkan video dokumentari mengenai undang-undang islam diterengganu, 1911 yang memerlukan saya untuk membuat kajian yang teliti dengan bahan sejarah, mengarang skrip, menentukan lokasi pengambaran dan membikinkan video, sedikit sebanyak memenatkan fikiran. Team multimedia yang dibentuk belum sempat dilatih sepenuhnya, saya telah ditugaskan dengan tugasan tersebut.

Mengarahkan dua video sejarah serentak, agak menekan saya.

Dengan sejarah peribadi yang pernah tidak lulus peperiksaan dek kerana kesibukan, menakutkan saya. Saya menerima tugasan diatas kapasiti jawatan yang disandang. Berkali saya pernah menolak, mungkin belum di izinkan Allah, saya terpaksa menyandang.

Sedaya saya cuba membahagi masa yang ada untuk sesuaikan dengan tanggung jawab sebagai anak, mahasiswa dan seorang yang bergerak kerja islam. Namun, apabila semua seakan mendesak keadaan diri yang sederhana, saya mengalah.

Sesekali, terngiang-ngiang firman Allah jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu. Sedaya saya cuba mengerti firman ini, tetapi memerlukan hati bulat pada Allah. Ingin katakan berjuang saya bukanlah orangnya. Sekadar cebisan orang yang melakukan tanggung jawab sebagai islam.

Bimbang dihati menjadi kerisauan diri. Peperiksaan sedang menghampiri. Saya masih begini. Jawapan pada hikmah ini, masih punya pada ilahi. saya masih mencari..

Bismikallahumma ahya wa amut..... Lena malam menyelimuti hati gelisah ini...

3 comments:

  1. buat yang terbaik. ana doakan enta lulus exam dengan cemerlang. jangan putus asa dan jangan putus harapan.

    walaupun kita dah berjauhan, yakni jarak antara kta sejauh 400 km lebih tapi galakan motivasi sesama rakan seperjuangan boleh menjadi penguat untuk meneruskan usaha sehingga berjaya... insya-Allah.

    pesanan ana tingkatkan usaha, gandakan usaha, banyakkan berdoa serta bertawakkal kepada Allah.

    banyakkan baca buku, baca buku, baca buku... ulang sebanyak 888 kali.

    pastu kuatkan menghafal tapi sebelum tu kena faham betul-betul apa yang nak dihafal.

    bila dah faham kuatkan menghafal... kuatkan menghafal... kuatkan mengahafal... ulang sebanyak 888 kali.

    insya-Allah lepas ni jadi rajin... jadi bersungguh.

    enta ada sebut tentang pemngurusan masa. ana rasa menguruskan masa dengan baik itu adalah antara perkara yang penting dan utama dalam kehidupan kita. berusahalah untuk uruskan masa dengan baik.

    kalaulah enta boleh memberi motivasi kepada orang lain, atau kepada peserta-peserta program (masa enta kena hendel program la) sudah tentu lebih-lebih lagilah enta boleh memotivasikan diri enta.

    akhir kata, ana doakan enta berjaya dalam bidang yang enta ceburi sekarang.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. thanks atas doa, semangat dan motivasi.. :D

    ReplyDelete
  3. bila enta nak datang trg, minum satu meja.. ana akui ana rindukan saat kita boleh satu meja berbincang

    ReplyDelete