Friday, March 12, 2010

Tasauf yang disalah ertikan


Sewaktu sedang mengemaskan bilik pada suatu malam, saya telah menerima panggilan seorang sahabat seperjuangan ketika berada di Politeknik dahulu.

Panggilan tersebut bertujuan untuk bertanyakan mesyuarat yang akan diadakan akan datang. Perbualan bersama beliau berlanjutan kepada persoalan-persoalan mengenai zikir-zikir dan persoalan tasauf.


Resah

" Ana nak tanya enta sedikit, ada orang cakap pada, ana ada benda yang berdamping dengan ana daripada zikir yang ana pernah amalkan dahulu" Beliau bercerita.

beliau menambah, " Ana amalkan zikir-zikir masa jahil dulu, orang bagi kita zikir, kita mana tau"


Saya bermonolog, " jin agaknya"

Saya menjawab " ana bukan orang yang alim dalam bab ni, tetapi bagi ana semua zikir itu kena ikut salasilah Rasulullah, kena ada pertalian dengan Rasulullah s.a.w"

Ini bukan pertama kali yang saya dengar, malah ketika berada di Politeknik dahulu juga ada yang mengamalkan zikir-zikir seperti ini.

Zikir-zikir yang diamalkan, kita tidak tahu dari mana asal usul zikir tersebut, malah tiada di dalam mana-mana hadith dhoif, apatah lagi hadith sahih, boleh membawa kepada syirik. Mana tidaknya, pelbagai nama, benda, malah apa jua di seru di dalam zikir tersebut.

Jika di zaman jahiliah masyarakat menyembah berhala, tetapi di zaman kemelayuan, masyarakat melayu lebih mempercayai zikir-zikir yang sesat. Sedangkan pada asalnya zikir adalah untuk mengingati Allah.

Tariqat yang tidak jelas asal-usul

Jika ingin terokai, banyak tariqat yang umumnya pada sekarang ini tidak terkira banyaknya. Ada yang jika ditelusuri mengikuti jalan sebenar yakni bertepatan dengan salasilah zikir Rasulullah s.a.w. Tetapi perlu diingat, disana ada zikir yang langsung jauh menyimpang dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w

Saya tidak pernah terfikir untuk mencuba zikir-zikir yang diamalkan, bukan kerana tidak mempercayainya, tetapi bimbang dengan apa yang ada sekarang. Apa yang ada sekarang sangat meragukan.

Apa yang menjadi amalan saya seharian, zikir-zikir yang muktabar dan ma'thur. Yakni yang jelas ada hadith-hadith sahih dan diamalkan oleh ulama'-lama' muktabar. Setidak-tidaknya jalan ini lebih terjamin.

Ada yang lebih penting.

Di sana masih ada perkara yang lebih penting yang menjadi kewajipan. Bukan bermakna saya menidakkan zikir-zikir untuk ke jalan tasauf ini. Cuba kita bayangkan kita berzikir sehingga beribu-beribu dalam satu hari, tetapi solat kita masih tidak sempurna. Solat masih ada cacat cela. Kerana ilmu tentang solat masih berkurang. Kita semua tahu, apabila menyebut tentang solat, bermakna solat perlu bertepatan dengan solat rasulullah.

Sebagaimana hadith di atas, kita sedar solat yang dilakukan perlu ada pertalian dengan solat Rasulullah. Para sahabat, tabi'en, tabi' tabi'en dan seterusnya telah meriwayatkan cara solat Rasulullah s.a.w.

Para imam-imam muktabar ini telah mengajarkan kita solat Rasulullah s.a.w, antaranya imam As-syafi'e, Imam Malik, Imam Hambali dan lain-lain. Sekiranya kita betul-betul mendalami ijtihad para imam muktabar ini, disana kita akan lihat bahawa setiap pergerakan, bacaan dan perbuatan di dalam solat daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, daripada Allahu akbar sehingga kepada salam yang terakhir semuanya ada pertalian dengan solat Rasulullah s.a.w.

Tetapi, sekiranya didalam solat kita telah pun ada kecacatan yang menghubungkan diantara solat kita dengan apa yang telah diajarkan oleh imam-imam muktabar tersebut, bermakna solat kita sama sekali telah terputus daripada solat Rasulullah s.a.w.

Jadi dimana hubungan pertalian solat kita dan Rasulullah sekiranya ilmu ini tidak ada? sehubungan dengan itu, wajarkah kita mendahulukan perkara yang hanya menjadi sunat dan tidak mendahulukan perkara wajib? Di sini saya hanya menyebut tentang solat, bagaimana pula dengan puasa, zakat, dan haji?

Apakah tujuan sebenar tasauf?

Teringat kembali kepada seorang ustaz yang agak terkenal ditempat saya. Jika dahulu dia merupakan seorang yang agak hebat dengan penghuraian dalam ilmu fekah, suaranya kedengaran dibanyak tempat di surau-surau.

Baru-baru ini, saya telah dikejutkan dengan berita beliau mendalami zikir-zikir tasauf. Tasaauf tidak salah, tetapi apa yang dilakukan agak menyalahi. Zikirnya kadang-kadang mengunakan pembesar suara sehinggakan boleh menimbulkan tanda tanya pada orang lain.

Mungkin apa yang menyedihkan lagi apabila tujuan sebenar mereka ini mengikuti jalan tasauf, bukan kerana ingin membersihkan hati, tetapi bagi mendapat ilmu-ilmu kasyaf.

Mungkin untuk tujuan berjalan diatas air barangkali.

Di mana keikhlasan sebenar hati dalam mencari keredhaan ilahi? Keredhaan Allah yang ditagih, atau ilmu-ilmu laduni yang ingin dicari?




Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sekiranya cinta yang dicari, tetapi jalan tidak menepati jalan Rasulullah s.a.w bagaimana mungkin untuk kita mendapat cinta Allah?

Di sini tidak bermakna saya monolak jalan tasauf, tetapi sekadar ingin membawa kepada suatu alam realiti. Zaman yang sedang kita lalui ini, adalah zaman yang teramat jauh dengan yang pernah dilalui oleh Sahabat. Zaman yang penuh dengan kemungkaran dan kesesatan. saya bimbang sekiranya jalan yang diambil tidak ada sanad yang jelas menjadikan kita menyimpang.

Jika para sahabat dahulu mempunyai kemusykilan dalam beragama, terus dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi, tiada Rasulullah di sisi kita. Apa yang tinggal hanyalah sebuah Kitab Agung dan Sunah-sunahnya sebagai rujukan kita. Jika kedua-dua panduan ini tidak manfaatkan, bagaimana kita akan menelusuri jalan sebenar?

Ya Allah, jagalah diriku dan jagalah umat ini daripada jalan kesesatan.



5 comments:

  1. Assalamualaikum...Agak menarik juga enta memberi ulasan tentang tasauf...Bg ana, hakikat tasauf itu tidak dapat dinafikan ada dalam Islam...iaitu ihsan, ketika malaikat jibril bertanya nabi SAW dalam sebuah hadis sahih, lalu nabi SAW menjawab, kamu beribadah kepada Allah seolah2 kamu melihat Nya, tetapi kalau kamu tidak dapat melihat Nya, sesungguh nya Dia melihat kamu..

    Erm, memang diakui banyak tariqat2 menyeleweng dan merepek2..Yang terlalu bertasauf sampai tidak mahu berjuang seperti yang dimarahi Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah..Tetapi ada contoh2 tasauf/tariqah yang baik, molek, tidak meninggalkan perjuangan seperti tariqat Sanusiah dan tariqah Naqsyabandiah di Chechen..

    Kemudian zikir2 tanpa ada sumber yang sahih dan tepat, bg ana ini merupakan khilaf ulama..ada yang membid'ah kan dan ada yang mengharus kan..cuma kena dilihat dari segi kandungan maksud sebenar zikir2 tersebut..Kalau didapati menyeleweng, maka jelas haram..Ana ada satu buku bertajuk 99 selawat nabi..Ha buku ni kalau enta tengok lagi mengarut2...Selawat yang pelik2 pahala yang bukan2...contoh nya satu selawat tu kalau kita amalkan, pahalanya seolah2 100000 selawat biasa...tapi ana pun tak tahu dari mana sumber asas nya..Tanpa hadis, tanpa hujah2 yang jelas, tiba2 selawat yang agak pelik itu boleh dapat pahala yang tak masuk akal..

    Apa pun, ana menyokong tasauf tariqah dari segi memperbaiki hati, menambah khusyuk tawadhuk depan Allah..dari segi zikir ana no komen...ana sependapat dengan enta bahawa biarlah zikir2 dan amalan2 kita ada asas dari nas2 hadis atau Quran..itu lebih baik kerana masih byk lagi sebenarnya zikir2 dari Quran dan hadis yang kita tak terokai, tak amalkan..tak percaya, rujuk lah sahih muslim, sahih bukhari..

    ReplyDelete
  2. betul tu ustaz hilmi, apa yang ana bimbang ada yang meninggalkan perjuangan kerana zikir dan tarikat..

    yang mengikut salasilah dan susur jalur Nabi s.a.w, ana menyokong. kecuali yang jelas meninnggalkan syariat yang lebih penting ana menolak.


    terima kasih atas komen yang membina :)

    ReplyDelete
  3. Seorang sahabat nabi SAW melihat sebuah telaga air, lalu dia teringin untuk tinggal di situ berzikir banyak2 dan beribadah(macam ahli sufi lah kot) lalu dia pun berjumpa lah nabi SAW..Nabi SAW terus sound(erm istilah ‘sound’ ni macam tak sesuai jer) sahabat ni..nabi SAW bersabda “Jgn engkau lakukan, kerana sesungguhnya kedudukan salah seorang dari kamu berjihad pada jalan Allah lebih baik dari bersolat di rumahnya 70 tahun.”(hadis hasan sahih riwayat imam Abu Isa Muhammad bin isa bin Saurah at-tirmizi rahimahullah)..

    Syeikh, kadang2 ana lihat tariqah yang ada jalur, ada salasilah sampai kepada nabi SAW pun menakutkan jugak cerita2 mereka..Seperti ada yang kata dapat zikir dari nabi khidir, dapat zikir dari nabi SAW dalam jaga, pelik2 jugak..Ana berpegang pada pandangan Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari(imam bukhari) iaitu nabi khidir telah lama meninggal..

    Tapi zikir2 dan ajaran tasauf tu tetap perlu untuk para pejuang Islam dan para2 mujahid..Syeikh, jangan terikut dengan rentak golongan2 salafi wahabi..Ana bukan lah suka nak melabel tapi nak bagi enta mudah paham..kebanyakan mereka tidak mahu bersama kita dalam perjuangan Islam ini..kan baru2 ni, ada segerombolan(amik istilah sosialis pakatan, hishamudin rais) ulama2 mereka menyertai Umno BN jahanam(pinjam istilah tg nik aziz)...yang banyak bersama kita adalah ulama2 tradisi, ulama pondok dan pendokong2 tariqah tasauf ini...tak dinafikan jugak peranan dua tg kita tg hj hadi hafizahullah dan tg nik aziz hafizahullah(mereka ulama tak tradisi, ulama moden, kontemporari, haraki) dan juga ulama2 lain..Cuma yang ana nampak ramai lagi ulama2 tradisi pondok ni yang mendokong perjuangan Islam Pas ini...berbanding ulama2 moden(ulama moden tak semesti nya wahabi...)

    Jadi seperti mana yang diajarkan ayahanda kita, Tg hj Abdul hadi hafizahullah(presiden) bahawa perkara2 khilaf ini jangan lah dibesar2 kan..Betapa hebatnya ayahanda kita sehingga menjadi pemangkin(ana pun tak tau nak guna istilah apa..macam istilah kat motor jer..hihi) penyatuan mazhab sunni dan syiah...Kerana perbezaan yang sedikit, melupakan kita dari berjuang berjihad menentang Umno Bn dan seluruh thoghut2 di seluruh dunia...

    Hahaha ana cadang nak tulis pendek tapi tertulis panjang lagi...hihihihi apa pun salam perjuangan, salam jihad, salam satu Malaysia(macam tersesat je satu salam ni, hihihi), doa ka nana mati syahid pada jalan Nya...amin..:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian ustaz hilmi... padangan yang bagus... ana setuju dengan pendirian enta...

    Di sana ada perkara yang wajib.. iaitu jihad di jalan Allah.. Ummat semakin tenat sekarang..

    Takbir!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, ana tertarik dgn pandangan enta ttg tasauf..mohon izin untuk share ye..syukran..

    ReplyDelete