Saturday, May 30, 2009

Siri 2 : Catatan Perjalanan Jaulah Ilmiyyah ( Perlis, Kedah, Perak, Selangor )

SABTU(25/04/09)


7.30 am : Kami di bawa melawat Makam Almarhum Tuan Guru Haji Fadhil Noor yang terletak didalam pagar Kolej Islam Darul U’lum. Kami telah diceritakan semasa hayat hidup beliau oleh salah seorang pelajar KIDU. Beliau diantara orang begitu komited di dalam perjuangan islam. Pelbagai perubahan didalam mentaliti masyarakat Kedah secara khususnya dan Malaysia secara umumnya dalam membentuk minda masyarakat yang tajdid yang beliau tanamkan. Beliau cukup dikenali sehingga ke peringkat dunia. Kami juga di ceritakan, ketika saat pemergiaannya, hampir 1 juta rakyat malaysia dan ada juga yang datang daripada luar negara yang datang menziarahi makamnya. Dan dikatakan, makamnya berbau cukup harum selama seminggu selepas pemergian beliau. Saya merasakan terharu dan sedih kerana saya bukanlah orang sempat mengibarkan panji islam bersama beliau. Namun, saya bersyukur kerana dengan kerahan keringat yang telah dilakukan beliau dapat membantu pejuang-pejuang islam yang ikhlas untuk meneruskan perjuangan ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-fatihah.........

Makam Tuan Guru Ust Fadhil Noor





8.30 am: pelawanan persahabatan KUDQI dan KIDU iaitu bola sepak(muslimin) dan bola jaring(muslimat) diantara aktiviti dipagi itu. walaupun kami kalah ketika itu, tapi hati cukup puas dengan perlawanan persahabatan itu... sedikit sebanyak menjalinkan ukhuwwah diantara KUDQI dan KIDU


Barisan Pemain KUDQI


Gelagat-gelagat pemain KUDQI dan KDU membuat tendangan

11.00 am: Pada jam 11 pagi kami bertolak ke kediaman menteri besar Kedah Ustaz Azizan


sempat beramah mesra sebelum meninggalkan KIDU


memberikan cenderahati tanda kenangan pertemuan Ukhuwwah diantara KUDQI dan KIDU


Bergambar bersama-sama pelajar KIDU


12.00 am: Sampai di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar. Kami disambut oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah. Kami di beritahu, YAB Ust Azizan tidak dapat bersama dengan kami kerana mempunyai urusan luar. Kami diberikan penerangan mengenai pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan dinegeri kedah.


Kami diberikan penerangan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah

Majlis bertukar cenderahati diantara KUDQI dan Wakil Menteri Besar

Kami telah diberikan makan tengah hari secara percuma di kediaman menteri besar. Satu penghormatan bagi kami. Terima Kasih kami ucapkan kepada kerajaan Negeri Kedah. Satu layanan yang cukup istimewa.


jamuan yang menyelerakan..heheheh

2.40 pm : Sampai di Muzium Padi kami telah melawat muzium tersebut di Gunung Keriang. Memang unik dengan persembahan yang dibawakan oleh muzium tersebut. Ketika di pintu masuk, kami tergaman degan lukisan-lukisan yang panjang yang menghiasi dinding muzium tersebut. Lukisan yang mengambarkan kegigihan seorang pesawah dan macam-macam lagi. Selepas itu, kami ke tingkat bawah, disanalah kami dapat melihat dengan lebih dekat dengan pelbagai alatan, mahupun jenis padi yang ditanam dari kaedah tradisional sehingga ke moden. Setelah itu, kami ke tingkat tiga untuk melihat geleri lukisan bergerak... Di dalam galeri tersebut, kami dapat melihat hasil gabungan lukisan 2 damensi dan realiti. Pemandangan yang dibina seolah-olah kita sedang berada di gunung keriang dengan dapat melihat sekeliling gunung tersebut. Sememangnya unik dan cantik.


Bahagian luar muzium padi.... unik

Antara barangan dan peralatan yang dipamerkan

4.30 pm : kami bertolak ke zoo taiping, perjalanan yang mengambil masa 4 jam dari Muzium padi di Gunung Keriang. Bertolak ke Zoo Taiping.


8.30 pm : kami tiba di zoo taiping... setibanya kami di sana, kami tidak dibenarkan untuk masuk kerana pada wakti malam Zoo Taiping beroperasi pada jam


9.00 malam. Seketikanya kami disana, kami dapat melihat kehidupan malam haiwan-haiwan di sana. Tetapi tidak semua yang aktif pada waktu malam.. yang aktif hanyalah haiwan pemangsa sahaja. Namun, masih tidak mengecewakan kami.




11.00 pm : kami bertolak ke IPA dengan perjalanan yang mengambil masa 8 jam. Kami meneruskan perjalanan dalam keadaan keletihan. Tidak sampai setengah jam bas kami betolak, kami melabuhkan tirai mata. .........



Mata panglipur lara dah ngantuk dah ni... minta izin untuk tido........hehehe



ikuti perjalanan di hari akhir JAULAH ILMIYAH KAMI minggu depan :)