Saturday, May 30, 2009

Siri 1 : Catatan Perjalanan Jaulah Ilmiyyah ( Perlis, Kedah, Perak Selangor )

Alhamdulillah..... telah terlalu lama saya mengambil masa untuk meng'update' blog ni. ini adalah kesempatan, walaupun sedikit mengantuk ( jam 2.12 pagi ) tapi saya meneruskan jugak untuk memblogkan diri pada awal hening ni...

Masih saya ingat perjalanan yang cukup membawa erti kepada saya yang membawa seribu makna kepada saya. Perjalanan yang membuka tirai minda saya sendiri. Sukar untuk terangkan dalam bait-bait perkataan. Hanya gambaran sahaja yang memberikan sedikit gambaran.



JUMAAT(24/04/09):


Mendengar taklimat sebelum memulakan perjalanan


12.30 am: Bas kami mula meninggalkan tempat kami berkumpul. Walaupun bas sedikit terlewat, daripada yang telah dijadualkan namun masih tidak meng hampakan kami yang tidak sabar menunggu.


5.30: Berhenti di puncak tertinggi titiwangsa untuk menunaikan solat Subuh. kami terpaksa bersolat dimussolla yang agak kecil dan tidak berlampu oleh kerana kami difahamkan di dalam perjalanan yang bakal kami tempuh untuk sampai di bandar taiping memakan masa 2 sehingga 3 jam sahaja lagi dan kami bimbang tidak sempat untuk bersolat subuh pada waktunya.


Bergambar ketika dipuncak tertinggi titiwangsa jam 6.00am

7.00am : kami meneruskan perjalanan untuk ke bandar taiping. Sebelum memulakan perjalanan kami, kami membaca mathurat bagi memberkati Jaulah Ilmiyah Kami pada kali ini.


10.20am : Tiba dibandar Taiping, kami sempat makan pagi disini dan berkhidmat diri sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi jaulah yang pertama kami.


12.15pm : Tiba di perlis, di destinasi pertama kami iaitu rumah sahabat kami yang menjemput kami untuk singgah makan tengah hari di sini tetapi sebelum itu kami sempat bersolat Zohor dan menjama’ terus asar memandangkan kami tidak sempat untuk solat Jumaat pada ketika itu. Setelah Selesai solat, Kami dijamu dengan lauk gulai ayam kampung dan sebagai pencuci mulut, kami telah diberikan bubur kacang hijau. Alhamdulillah, sedap benar masakan ‘orang-orang perlis’.


Perjalanan ke perlis... cuaca redup dan hujan renyai-renyai

Tuan punya rumah yang kami akan singgah untuk makan tenggah hari.. sibuk nampak.hehe


3.30 am: Kami Bertolak ke padang besar


4.15 pm: Tiba di Padang Besar dan diberi peluang untuk membeli belah disana. Kami diberikan masa selama satu jam untuk membeli belah disana.


5.30 pm: kami bertolak ke negeri Kedah bagi menziarai sahabat-sahabat di Kolej Islam Darul U’lum.


7.40 pm : Kami tiba di Kolej Islam Darul U’lum. Kami disambut oleh Ahli Majlis Perwakilan KIDU. Setelah tiba, kami bersolat dan berehat sebelum meneruskan program yang telah dirancangkan oleh pihak KIDU.

Kolej Islam Darul U'lum


9.15 pm : Pihak KIDU telah menjemput kami dalam sesi penerangan mengenai Kolej Isam Darul U’lum dari awal penubuhan sehingga sekarang.


11.50 : kami diberikan minuman malam dan setelah itu, telah melelapkan mata bagi menyimpan tenaga untuk program yang lebih besar keesokkan harinya.


Saya pn mata dah mengantuk sekarang.....heheh.. kena tido dah ni..hehe... to be continue :D

No comments:

Post a Comment